11 June, 2008

moyang 4 april 1928 - Siti Aiesah Baadat

'wan' Siti Aiesah Baadat and mak ngah Rohani Mohmed

ini ialah moyang kepada anak2 ku. sekarang aku amik giliran jaga moyang seberapa lama yg dia mahu. tak susah ..jaga makan minum kejutkan waktu sembahyang dan tengok2kan moyang pegi tandas. Nenek aku ni asal dari Negeri Sembilan. Tapi dah lama berhijrah ke Kg Baru Jerantut Pahang.Panggilan dari cucu2 semua WAN .

WAN dulu ada bendang. Sekarang terbiar je. Rumah pusaka yg besar mcm badminton court pun kosong. Bukan tak bagi WAN dok kat rumah tu. Tapi masalahnya dia dah tua. Takut jadi apa apa. So sekarang WAN duduk dgn mak ngah di Kuantan. Aku akan jadi penjaga WAN bila mak ngah aku nak g outstation ke luarnegeri.
WAN tak banyak makan sejak akhir2 ni. jadi aku pelbagaikan jenis makanan dia.
Pagi2 aku bg MILO + Nestum / Tau Fu Fah / Air Soya bean
Tengahari NASI + IKAN or AYAM + SAYUR
Petang KUIH MUIH + MILO PANAS
Malam SUP DAGING / AYAM / TOMYAM
ini semua yg dia nak jugak makan walaupun 2-3 sudu je. Buah2han Anggur Mangga Tembikai /kek secret recipe ! hu hu hu.! tapi aku beli jer sebab itu mmg yg wan nak makan. lagipun wan ada duit pencen dia . so apa yg dia suruh beli semua aku belikan.
wan agak garang sikit. dgn cucu n cicit semua. tapi aku rasalah ikut jugak cara sesapa pun nak terima wan yg garang ni. aku pun dah lama dgn wan. so aku ikut jerlah apa yg dia cakap. tak ada faedah menentang nasihat org tua. wan akan dirumah aku selagi dia mahu. dan hari2 kerja aku duduk sebelah dia dan dengar cerita lama2 yg dah banyak kali jugak aku dengar. tak apa asal dia tenteram melepaskan cerita2 lama tu.
kepada cucu cucu wan yg lain...DATANGLAH MELAWAT WAN !! he he he

No comments: