03 August, 2008

alhamdulillah Anas selamat

berkat solat hajat mak , anas ada call mak. aku syukur sangat2 pd Allah. Maha Kaya Allah. aku pun tak henti2 doa sepanjang anas menghilangkan diri.

mak beritau aku anas call dan beritau dia selamat. tidur kat masjid2. waallahualam. aku pesan pada mak suruh anas selalu call dia. 

sekarang sambil aku tenguk AstroOasis Jemputan Umrah episod terakhir anas...aku sayu. betapa lainnya muka anas masa kat mekah. tak nampak macam dia masih ada rasa ketagihan.

tadi lepas maghrib aku keluar lagi cari anas kat area2 kg bharu. tapi tak nampak. ada duit kiriman dari adik aku Suraya kakak kepada anas yg nak aku sampaikan. tak kisahlah apa yg dia nak buat dengan duit tuh. aku malas nak fikir negatif. lg banyak aku fikir yg bukan2 makin sakit jantung aku. 

3 hari lepas aku mimpi arwah abah duduk atas sofa kat rumah aku. anas terbaring atas tikar depan abah. aku masuk rumah sambil dukung Suri. terus tanya Anas mana dia pergi. dan beritau dia akak cari kamu merata2. anas diam jer. itu yg buat aku dan mak semakin risau sepanjang 2 minggu anas hilang. 

Ustaz wakil TH banyak beri nasihat pada Anas masa episod kat Mekah ni. Anas pun banyak ucap zikir taubat segala doa taubat. aku harap sangat agar anas perlahan2 akan berubah. aku tau anas susah nak jauhkan diri dari dadah! tapi Anas ..akak akan terus berdoa untuk kamu!! 

Ya Allah ..Janganlah kau jadikan adikku  manusia yg amat hina. Naikkan martabat adikkku perlahan2  Ya Allah . Sesungguhnya engkaulah maha pengampun dan penyayang. 

3 comments:

Superb GURU BaniHassim said...

Saye doakan anas berubah...
Ceritenye mmg sayu je...

Nampak lain mase anas kat Mekah tu...
Moga2 dier akan berubah selamanya...
Amiin...

Anonymous said...

salam alykum...
saye doakan anas.. akan pulang ke jalan yang benar.. kami sekeluarga semua tgk dan ikuti rancangan jemputan umrah epidsod anas.. kami doakan agar anas bertaubat ke jalan Allah.. amin....

no rule said...

salam alykum...
saye doakan anas.. akan pulang ke jalan yang benar.. kami sekeluarga semua tgk dan ikuti rancangan jemputan umrah epidsod anas.. kami doakan agar anas bertaubat ke jalan Allah.. amin....