27 August, 2008

event day 3 Astro Equine Park


fuhh...hujan lebat betul dari pukul 5pm sampai sekarang pukul 9pm. aku rasa sure Jln Tun Razak jammed giler & banjir sesikit kat Jln Pekeliling. Aku selamatlah sebab kat PandanJaya je. Kesian kat Chik sebab kena lalu dari Jln Pekeliling masuk Jln Kuching. Dah la dari Seri Kembangan tadi jammed sebab ada 3 eksiden yg bangang2. Semua sebab ikut rapat sangat. Pastu eksiden dah menyusahkan org lain. Bertekak lagi tengah jalan. 

hari ni bisnes kat Astro Equine Park Seri Kembangan. cupcakes carrot awal2 lagi habis. sama mcm semalam aku berjaya jual semua cupcakes , mixed salas , tuna & chicken sausage sandwiches. cookies pun byk yg laku. 

hari ni sessi suaikenal sesama vendors. syok jugak dapat bertukar tukar experience join event astro ni. Event Safety & Health ni anjuran HRD utk semua staff astro. Esok kat Wisma Ali Bawal PJ.  Mcm biasa lepas Subuh aku dah kelam kabut bersiap. Federal Highway sure jammed esok pepagi.  Aku berharap sangat sales esok bertambah dari hari ni. Ok lah syukur alhamdulillah sales sehari rm500 or rm 600. Tak kena bayar sewa pun. Modal petrol dgn tol je.

Tadi aku jumpa dgn boss besar Astro Oasis En. Izelan Basar / Cik Nurjannah / En.Basirun. Panjang jugak sembang pasal Anas. En Izelan tenangkan aku cakap kalau ALLAH TAALA tak bg Anas ke Mekah tak mungkin Anas dapat g sana. Mesti banyak halangan yg bertimpa2. Nasihat dia SYUKUR ALHAMDULILLAH byk2. Dugaan sekarang yg aku & keluarga hadapi terutama MAK lalui dengan tabah. 

Masa dalam lift pun ramai gak staff astro oasis senyum sengih kat aku. hahaha!! siap ramai yg kirim salam kat mak. Dapat info sensasi yg sepatutnya jadi rahsia!! hihihi. Terjah lagi utk review pasal Anas. iskk iskkk...camner lah nanti keadaan Anas.  Kalaulah tengah HIGH...adussss! Redha jerlah. Rating pasal show ANAS yg tertinggi setakat ini. Alhamdulillah. Aku harap2 ramailah rakyat Msia yg menonton Jemputan Umrah Astro Oasis mendoakan Anas dapat perlahan lahan berubah dan mengingati ALLAH swt. 

9.08pm ..time for me to jenguk2 blog2 favourite aku. 10.00pm aku terpaksa memaksa diri utk tidur.Esok last day bisnes. Semoga Allah murahkan rezeki aku & Chik. Amin. (hazsdelight.blogspot.com)

4 comments:

Anonymous said...

We should have a great day today.

Abahnajwa said...

Wahh..Mummy...dah makin glamer yek sekarang...bagus tu mummy..kira promosi sekali..kikikiki

chekgu Bani Hassim said...

anas tak okeh lagi ke kak??
MasyaAllah....kite dah usahe, tapi kalau dier sendiri yg takmmo berubah, xbyk yg kite bulih bantu kan kak??

Bisnes laku ok la ek???

celoteh cik fa said...

apasal x ckp kat tepon yg ko jumpa izelan? lama tul aku x jumpa dia.