18 September, 2008

Al Fatihah DiBulan Yg Mulia


INILAH keadaan kereta dipandu Roslina (gambar kecil) yang remuk selepas dirempuh sebuah lori di Titi Haji Idris, Alor Star kelmarin. 

Guru hamil tujuh bulan terkorban

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

berita@kosmo.com.my

ALOR STAR - Hasrat seorang guru yang hamil tujuh bulan berbuka puasa bersama ibunya selepas membeli juadah di bazar Ramadan Simpang Kuala di sini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Titi Haji Idris di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang kelmarin, Roslina Saad, 33, mati di tempat kejadian manakala suami dan tiga anaknya cedera.

Suami mangsa, Suparman Ponimin (gambar), 38, berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga baru selesai membeli pelbagai juadah untuk berbuka bersama keluarga mertuanya di Kampung Lahar Dalam, Pokok Sena di sini.

"Arwah isteri saya membeli pelbagai jenis juadah dalam jumlah yang banyak berbanding sebelum ini.

"Malah arwah juga jelas tidak sabar-sabar mahu berbuka bersama ibunya," kata beliau dengan memberitahu isterinya merupakan guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Sharifah Hanifah, Kuala Nerang di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika melalui Jalan Titi Haji Idris menuju ke rumah ibu mertuanya, sebuah lori yang bergerak laju dari arah bertentangan telah merempuh dan mengheret kereta yang dipandu oleh isterinya sejauh lima meter.

"Lori itu bergerak seperti ular ke arah kereta kami sebelum merempuh sebelah pemandu dan membuatkan kami sekeluarga tersepit," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star.

Berikutan itu, Suparman berkata, dia yang dalam keadaan separuh sedar berusaha mengeluarkan tiga orang anaknya, Mohd. Furqan, 8, Siti Khotijah, 6, Iffah Balqis, 4, yang masih sedar.

Jelasnya, ketika itu, isterinya yang disangka pengsan pula masih berada di tempat duduk pemandu.

Cerita Saparman lagi, dia dan anak-anaknya kemudiannya dihantar ke hospital oleh orang ramai.

Suparman berkata, dia hanya mengetahui kematian isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan semasa berada di HSB. Jelasnya, walaupun berita kematian isteri sukar diterima namun dia tetap reda dengan takdir yang menimpa keluarganya.

Al Fatihah

1 comment:

bugbughog said...

Jangan makan ubat ini kerana ada RACUN yg SANGAT2 BERBAHAYA.