24 October, 2008

derita dihati siapa yg tahu.....

Aku tak boleh tidur. Puas aku paksa mata aku supaya pejam pejam pejam. Tapi tak boleh. Aku mula nak menangis.Mula nak teringat kat abah. Aku call Mak. Tak sampai seminit aku cakap Bye kat Mak. Suraya called aku pukul 9.30pm tadi. Dah lah hari ni aku mmg toing toing gile. Batuk cam nak mati. Adussss...berita yg tak ingin aku dengar. 

Kesian Mak. Kalau abah ada ...

Aku terkedu dengar laporan dari Suraya. Aku rasa cam dapat rasa apa yg Mak rasa. Byk plak tulis RASA! Aku dah agak semua ni mesti suatu hari akan berlaku. Dah lama aku dan adik2 yg lain menahan perasaan. Mak lagi laa. Ibu mana tak sayang anak. Walau jahat mana sekali pun. Aku pun dah pernah buat statement kt Astro Oasis dulu. Aku tau mak sayang sangat kat dia.

Kalo aku pun , aku takkan lena tidur kalo anak aku tak nampak depan mata. Malam ni sekejap lagi ..mak akan susah hati. Mak akan termenung panjang. Aku tau selama ni , mak sibuk2 pegi sana sini sebab tak nak dia sakit sebab susah hati. Orang yg selalu nak kata kat Mak mcm2 tak tau apa yg mak dan abah alami. Mak selalu cakap kat aku ..mak redha.

Anas dah kena amik dgn polis. Adik aku...Annuar pukul 8pm tadi g Balai Polis Kg Rapat Ipoh. Pegi repot yg Anas hisap dadah balik. Barang kat rumah banyak yg hilang. Selama ni memang banyak barang yg hilang, tapi Mak tak cerita sesapa. Tadi polis datang dan pujuk Anas. Slow talk suruh dia ikut g balai. Buat urine. 

Barang rumah hilang mmg aku pun malas nak kecoh2. Harta dunia biarlah. Tapi sejak balik raya hari tuh , aku susah hati Anas asyik dok dalam tandas lama giler hari2. So perbincangan adik beradik ....masukkan Anas balik ke pusat serenti.

Emak ...

akak tau mak sedih. akak tau mak dah cuba sedaya upaya. akak tau mak tiap malam mengaji kat atas kepala Anas dan tiup mcm2 ayat kat ubun2  kepala anas. Walaupun anas dah besar dah 28 tahun , tapi mak tak pernah putus asa. Akak tau mak sayang anas. Mak ngan arwah abah tak bersalah anas jadi camtuh. Kita anggaplah semua ni dugaan dari Allah. Kita dah usaha mcm2 mak. Akak mintak maaf seandainya akak gagal lagi membantu utk Anas berubah. 

mak...

akak janji mak , akak takkan jemu bawak mak pegi melawat anas. kita akan selalu jenguk dia mak. Mak teruskan dengan segala kerja kebajikan yg mak nak buat. Mak buat jer apa aktiviti yg boleh buat mak lupa pada derita dihati mak. Selagi ada hayat mak....jgn mak pedulikan apa yg org nak kata pasal mak tak tau jaga anas. Kita susah tak minta tolong org mak. Org susah kita tolong habis habisan. 

mak ...jgnlah mak risau camner anas akan tidur mlm ni. Sekejap jer dia kat lokap tuh. Lepas dapat order dari court, Anas dah selesa dan sihat kat pusat serenti. 

Akak menangis sebab akan ..rindukan sangat kat abah ..dan akak rasa nak peluk mak kuat2.

10 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Vimmi, Bawa bersabar ye, dugaan Allah, ada hikmahnya..

chekgu Bani Hassim said...

ooo...gituke citenye???
jadi balik ye kak..
pesan saye samela cam org yg atas nih ye...

ada hikmahnya...
sabar ye kak...

chekgu Bani Hassim said...

satu lagik, tukar baju baru ek??
baju yg ni lawa sket...
teratur..
cume kalau ade shoutbox lagi tiptop...

Hazlin Nazri said...

manusia memang sentiasa diuji dan diduga oleh Allah.
Terima ia dengan penuh kesabaran.

Neeza Shahril said...

neeza pernah lalui detik2 yang seakan serupa..
pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi..
sabar ye vimmy.. banyakkan berdoa..
Allah sentiasa bersama hamba yang mengingatiNya...

ckLah @xiiinam said...

Berat juga ujian ibu dan keluarga Vimmiyasmin. Semoga Allah permudahkan segala jalan....hingga akhirnya Anas menjadi anak yang amat membahagiakan. Amiiin...

Jangan jemu untuk memberi kekuatan kepada bonda tercinta..

Zetty said...

ehmmm, ujian dan dugaan yg Allah turunkan adalah setimpal ngan kesabaran seseorang itu .. Allah tak akan beri sesuatu tuh kalau kita tak mampu nak tahan .. jadinya Allah mmg sayang ngan keluarga Vimmi sbb tuh diturunkan dengan dugaan yg sebegini berat.. Insyaalah, semoga tabah menghadapinya .. besar ganjaran di sana nanti:)

Sya said...

Apa pun yg berlaku, sokongan keluarga adalah yg paling penting untuk Anas kembali ke jalan yg lurus. Emak mana yg tak risau tak sedih bila anak yg dibela sejak kecil jadi begitu. Tapi emak pun perlukan sokongan dr anak2 yg lain utk terus kuat menghadapai dugaan ini. Semuga seluruh keluarga vimmy terus tabah menghadapai dugaan Allah ini.

VimmiYasmin said...

assalamualaikum semua
terima kasih byk2 atas sokongan kwn2. terharu sangat. berat mata memandang berat bahu memikul.Doakan utk emak saya dan Anas.

HUSSAIN BIN TAHIR said...

sabar yer kak..saya tak sangka..tapi mungkin ini ketentuan ALLAH..mungkin ALLAH mahukan sebegini..lebih baik mungkin dia disana..solatnya..dan amalannya mungkin terjaga..

setiap yang dijadikan ALLAH pasti ada hikmahnya..semoga ALLAH beri kita hidayah