09 October, 2008

HIPOGLISEMIA....


Tanda-tanda hipoglisemia:

* berpeluh dengan berlebihan, pening kepala, berdebar-debar, rasa terlalu lapar, ketar, kabur penglihatan, hilang pertimbangan atau rasa keliru, bercakap tidak menentu dan perasaan marah.

Elakkan daripada gejala hipoglisemia. Jika anda merasakan tanda-tanda awal hipoglisemia, makanlah sedikit karbohidrat.


Pesakit perlu berhati-hati membuat pemilihan makanan bila makan di luar. Jangan segan memberitahu keperluan seperti mahu pengurangan garam, minyak, lemak, gula, perencah dalam penyediaan makanan.

Saiz makanan juga perlu diambil kira dalam menikmati makanan di luar. Sekiranya mengambil ubat diabetes atau suntikan insulin, masa makan haruslah diambil berat.

Penghidap diabetes boleh menikmati makanan segera. Tetapi hadkan kepada sekali sebulan. Sekiranya anda mengambil makanan segera, pastikan pada waktu makan yang lain makan makanan yang sihat seperti makanan yang dibakar, kukus, rebus dan lebihkan sayur-sayuran.

Pesakit yang obes disarankan mengurangkan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh menyebabkan tindakan insulin kurang berkesan.

3 comments:

fusarium solani said...

Semoga Mumy diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Anonymous said...

mama saye lepas suntik insulin ni 2-3 kali hypo...
risao gak...

MOLY said...

erk .. takutnyaa bila baca ...
saya sakit pale ade laaa