08 October, 2008

petua orgramai...utk kita yg DIABETIS-Episod 1

Petua 1

Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

Petua 2 

Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.

Petua 3 

Ambil beberapa batang kulit kayu manis dan remdam dengan air panas dalam periuk ker atau apa saja dan apabila ia kekuningan (macam teh o) minum secawan setengah jam sebelum makan(pagi) dan malam sebelum tidur….amalkan…insyaAllah..

Petua 4

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Petua 5

Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.


Petua 6

Cabut sebatang pokok matahari dan akarnya sekali. Potong batangnya kira-kira setengah sentimeter daripada bahagian akar dan cuci dengan air bersih.Masak akar itu dengan air sehingga mendidih. Biarkan ia kering sehingga sukatan airnya tinggal segelas sahaja. Sejukkan air itu kemudian tapis sebelum meminum. Amalkan selama lima hari atau lebih.

Petua 7

Ambil daun hempedu bumi atau dikenali juga daun cerita. Kunyah daun itu dan telan atau rebus pokoknya bersama-sama akarnya dan minum air rebusan itu. Elak meminum kopi kerana kandungan gula dalam kopi tinggi.

Petua 8

Ambil kulit pokok petai, masukkan ke dalam kelongsong ketupat kosong dan rebus. Minum air rebusan itu setiap hari. Rebusan itu boleh digunakan tiga kali.

Petua 9

 Ambil segenggam isi petai jawa atau petai belalang yang sudah tua (berwarna coklat kehitaman). Basuh dan rebus bersama air yang banyak. Jangan ditambah air, cukup hanya sekali tetapi banyak. Masak di atas api arang selama lima jam. Minum setiap kali anda berasa dahaga.


 

No comments: