11 October, 2008

ikan keli tempoyak cili padi


*Gambar original dari periuk! Kamera dah ok selepas kena godek2.Battery jer dah weak. Bahagian ekor dah tinggal 1 sebab anak2 tak makan kepala ikan keli.

Kemuakkan dgn ayam daging dan apa2 yg seangkatan dengannya. hari ni pepagi sebelum keluar meround KL sampai ke Rawang utk open house, aku masak nasi berlaukkan ikan keli masak tempoyak. ramai kot tak makan ikan keli. Tapi bg family aku 7 keturunan mmg makan ikan keli! Ikan keli masak apa saja mmg paling laku dalam family aku sampailah ke anak2 aku sekarang. 

Selalu sangat dgn seafood / ayam / daging menambahkan lagi kesengsaraan penyakit aku. Aku tak tau laa kot ikan keli ni pun sebenarnya tak boleh makan kalo org yg byk penyakit cam aku. 

Lepas subuh tadi , bertungkus lumus masak nasi dgn cuci ikan keli. Dah frozen senang nak cuci. Rendam terus dengan asam keping + asam jawa. Pastuh cuci bersih2, sekejap jer dah hilang bau dan lendir2. 

Aku blend jer cili besar + cili padi + kunyit hidup. Campak tempoyak , garam dan daun kesum. Aku kalo masak keli tempoyak ni , lama sikit dengan api slow je. Dalam 30 minit api perlahan dah leh tutup api. Lepas lagi 30 minit baru sedap dimakan. Masak utk sekali makan je hari ni sebab kol 12pm dah nak start ziarah rumah2 kengkawan yg buat open house.

Anak2 dah kenyang makan nasi. Bekalan nak jalan sampai malam dah standby! hahaha...Susu ,  baju anak2 ,  air masak , drypers , kudap2 dlm keta , majalah mummy,  duit nak isi minyak + duil TOL ! huarksss! 

Ok ...got to go. Update malam nanti dengan citer BERAYA MEROUND KUALA LUMPUR atau tajuk lain PENATNYA MAKAN BANYAK DIBULAN SYAWAL !! hehehe! 

3 comments:

Yatie said...

salam vimmi .. wahhh, sedapnya laa ikan keli masak tempoyak nieh .. lama beno dah tak makan .. ikan keli takde la plak dijual kat sini .. huhuhu ...

Lily.Lulu said...

ikan keli saya makan
tp bila ada bab tempoyak tuh yg saya x makan

oh .. sayang sekali

vimmiyasmin said...

Lily

hahaha!! TEMPOYAK sedappp wooooo!! kalo kawin ngan org perak or pahang ...mesti kena rasa or belajar makan!!