08 November, 2008



Ain & adik2 kat Genting H



Suri muka bengang kena snap gambo, mulut penuh dgn kek buah!



Anak2 yg kaki posing!

Adik2 berdua dah balik pagi tadi. Rumah dah aman sebab anak2 dah kurang nakal sikit sebab2 makcik2 kesayangan dah tak ada. Aku dah kembali mcm biasa menjadi mummy yg garang! hahaha! seminggu aku menahan diri dari marah2 anak2.Bg dorang bergumbira manja menga2 ngan makcik2 dorang. Hari ni tetiba aman damai! Tenang jer jantung aku hari ni! Semua dok dendiam main komputer dah yg besar baca majalah/novel sesenyap. Tau pun masa begumbira dah tamat! hahaha!

Malas masak wehh hari ni. sepanjang minggu menu aku mcm2. Laksa Penang / Mee Kari / Daging Black Pepper/ Lala Goreng Halia...hari ni aku beli nasi lemak and dinner x fikir lagi. Oh yer ..tadi Wardina dah konvokesyen! Gambar tak amik pun , kamera buat hal. Sepanjang minggu ni pun mmg kamera asyik mengada2 mcm anak2 aku jugak!

Mlm tadi kol 11pm g lepak makan Bubur Nasi MK kat Dagang Avenue. Balik rumah kekenyangan tak lah nak tido. Bangun pagi ni aku telan Alpha Lipid Milk setengah botol lagi. Alhamdulillah tengahari ni lega sikit! Panadol Soluble pun dah tak jalan ngan aku. Organ2 dalam badan aku rasanya dah semakin menyerah kalah. Semangat aku dan roh yg ada dalam jasad aku ni jer rasanya yg kuat utk teruskan sisa2 hidup. Entahlah...aku mesti kuat / happy / bersemangat / positif dan segala2nya lah yg terbaik utk anak2 aku ni. Utk suami jugak kot ! hahaha! Aku tak kesian kat ChefFarid sangat sebab aku tau .....kalo aku pergi dulu pun...dia senang jer kot meneruskan hidup. Aku pun suka kalo ChefFarid carikan mak baru utk anak2 aku.

Iskkk....am i that bad??? Doa yg merepek2!! Tapi dapat pahalakan ...doakan yg terbaik utk anak2 dan suami sebelum kita pergi. Semoga bila kita dah terbaring tak boleh buat apa2 , dorang akan jaga kita sampai nafas berakhir dengan penuh kasih sayang! Insyallah....itu jer yg aku nak. Dan juga doa2 tanpa henti selepas aku pergi nanti!

No comments: