07 November, 2008

im actually so weak lately..

disebalik kemeriahan aku memasak utk anak2 , bwk anak2 berjalan2 merata2 dan kemriahan aku melayan kengkawan...aku sebenarnya cuba melupakan kemerosotan badan aku. kemeriahan yg aku lalui sekadar nak cover tubuh badan aku yg aku dapat rasakan semakin lemah....

Aku tak tau mcm mana aku nak luahkan. Sebab kalo aku tulis, aku jugak yg akan kena marah.
Dah dekat sebulan lebih aku tak injek. Dah sejak itu, aku dapat rasa merosotan kesihatan badan aku. Aku selalu rasa nak deman, batuk tak henti2 kalo sejuk. Dlm perut aku rasa mcm ada gelombang. Bila aku rasa semua ni , aku cecepat mengucap bebanyak. Aku pernah terbaca pasal gelombang sebelum nyawa ditarik Allah. Aku pernah saksikan gelombang terakhir Mama dan Abah. Aku sentuh gelombang akhir pada perut Abah. Aku check tanda2 akhir pada Abah. Hidung , telinga , jari dan yg terakhir gelombang kat perut beberapa minit sblm abah pergi.

Mmg aku takut mati! Sebab byk lagi hutang aku pada Allah belum setel. Aku tak fakir sangat kehidupan org2 lain lepas aku tiada.Sebab aku tahu semua yg hidup boleh survive dan teruskan segalan2nya lepas aku pergi.Insyallah. Tapi aku takut fakir camner aku nak mengadap Allah dgn keadaan aku yg masih byk lagi berhutang denganNYA.

Lately ni aku rasa tak sedap tubuh badan semakin kuat.Aku tak nak terlantar kat ICU lagi.Tapi aku degil! Aku tak injek insulin langsung.Aku hanya bergantung pada metformin dah kurangkan makan.Berat badan aku dah semakin turun.Dari 55kg dah ke 52kg.Ya Allah ..adakah aku akan semakin sakit…semakin akan beransur lemah.Adakah aku akan sengsara dengan sakit ku ini ? Aku baru berumur 35 tahun dan aku ada anak2 yg masih kecil…am I going soon?

Pagi ni aku dah selamat khatam buku Prof MKI. Aku buat Dhuha yg dah terhenti since 2 bulan lepas. Aku niat dari dulu nak tiaphari buat Dhuha. Hari ni aku sambung semula. Aku nak sambung balik solat sunat Tahajud / Taubat yg dah lama terhenti. Aku dapat semangat semula lepas baca buku Prof MKI. Mmg dulu aku selalu buat. Tapi tu lah ….sekejap Ok sekejap Stop. Di hari Jumaat yg mulia ni …aku tekad utk teruskan. Semua ini yg sebenarnya byk bwk ketenangan pada aku. Byk yg telah aku tinggalkan. Byk pasal dunia sikit2 aku lupakan. Aku dah tak gila lagi nak shopping mcm dulu. Dah malas nak fikir pasal kemeriahan menghabiskan duit.

Syukur alhamdulillah , anak2 yg aku start jaga fulltime sejak 2007 mula faham cara hidup aku sekarang. Anak2 jarang demand seperti anak2 org lain nikmati. Anak2 dah tau konsep doa mcm yg Prof MKI sarankan, yg aku mestikan pada dorang setiap hari. Alhamdulillah …aku bersyukur dengan kelembutan hati anak2 ku Ya Allah.

Ya Allah , aku pinta padaMu Ya Allah …izinkan aku meneruskan kehidupanku dengan cara yg aku cuba amalkan dengan mudah dan tentunya dengan izinMU Ya Allah.

6 comments:

saya said...

vimmi,...cepat sihat pleaseee...

Yeen Hashim said...

Kak Mimi, di waktu-waktu begini hanya Allah SWT tempat kita mengadu. Semoga diberikan kekuatan dari Allah dan semoga diringankan penyakit kak Mimi. Yeen sentiasa akan mendoakan kesejahteraan kak Mimi, Insyaallah

Yeen Hashim said...

Kak Mimi, di waktu-waktu begini hanya Allah SWT tempat kita mengadu. Semoga diberikan kekuatan dari Allah dan semoga diringankan penyakit kak Mimi. Yeen sentiasa akan mendoakan kesejahteraan kak Mimi, Insyaallah

MULAN said...

moga semakin sihat, dipermudahkan segalanya.. take care & be strong..

zareda said...

salam, zar baru meninjau ninjau disini.. mohon link yer..

Zar pun pernah sakit teruk tahun lepas, sabar dan redha aje jadi penawar pada kesakitan...


vimi
take care ok

farah said...

min, aku belikan ko ubat yg hari tu lg nk tak? ko kata ok kan makan ubat tu? mmg ko dah semakin kurus skrg ni. achik pun ckp mcm tu. aku x nk apa2 yg buruk terjadi kat ko.