13 November, 2008

Syukur Alhamdulillah ....AIN ~ UPSR 2008



Ain & Wardina ( Tahun 2004 kat KLCC Park )

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Hari ni Ain dah dapat keputusan UPSR 2008. Semalamam aku yg tak boleh tido. Ain selamba jer aku tengok. Aku demam seharian mengenangkan apa result yg kuar.

Ain kematian cikgu tuisyen peribadi dia last year. Lepas sebulan abah meninggal. Sakit jantung and meninggal kat rumah jer. So segala2nya terhenti. Ain mmg tuisyen dengan Mendiang Uncle Peter dari Darjah 2 lagi. Aku tak hantar Ain pegi pusat tuisyen sebab aku tau ramai budak jahat kat situ. He he he ! Mmg betul pun. Pandan Jaya ni mmg ramai dak jahat ! hik hik hik !

So since Uncle meninggal, Ain study camtuh2 jer kat rumah. Dengan adik2 bertiga yg mmg nakal pun. Aku tau Ain mmg stress gila nak study susah sangat. Tapi nak wat camner? So dia terpaksa study dengan keadaan yg mmg GAMAT dan HARU BIRU.

Aku tak janjikan apa2 utk AIN. Aku cuma berjanji akan sekolahkan AIN selagi dia terdaya nak belajar. Tak kisah sampai bila selagi aku mampu aku tanggung. AIN ada cerita yg kawan2 dia semua mak bapak janji macam2. Aku janji pada AIN ...lepas AIN habis belajar ..dah kerja dan nak kawin AIN dah boleh buat keputusan sendiri. Dan keputusan yg paling penting ialah samada AIN nak balik atau tidak to Mama kandung dia. So kita semua akan tau apa keputusan si AIN 5 tahun dari sekarang. Lepas dia habis SPM. Serammmmm Serammmmmm!

Oh yer ...Ain dapat 3A 2 B. Tak secemerlang anak orang lain. Tapi syukur pada Allah. Itu jer yg Ain termampu lakukan. Aku bersyukur sesangat pada Allah.

So Mama dia TAK bolehlah komplen apa2 pasal pelajaran si AIN. Yerlah dari dia tuh yg tak call pun AIN sampailah sekarang ni tanya apa result AIN. UisSSsHhHh...jahatnya hati & perasaan aku ! he he he

Next year Ain masuk SM CBN Bukit Nanas KL. Wardina SK CBN 2 Bukit Nanas KL. Dua2 sebelah menyebelah. Aku tengah penin camner nak anto & amik dorang balik sekolah. Adoiiiii adoiii...bila la nak praktis bawak keta nih !!

Anyway ..tahniah utk AIN...belajar dalam susah payah dalam kenakalan adik2. Mummy minta maaf bebanyak yer sebab adik2 nakal sangat. TQ so much for the good result. Tak excellent tapi BAGUS !

10 comments:

Zareda Norman said...

tahniah pada Ain..

tak excellent tapi bagus.. nanti sekolah CBN, boleh cuba lebih baik for PMR dan SPM..

rezeki anak anak kita tak tahu.. insyaAllah..

vimmiyasmin said...

Zar

tq so much. Ain dari SK CBN2 now going to SM CBN. Moga2 Ain boleh buat yg TERBAIK. Bukan utk saya ..TAPI utk diri dia sendiri.

Mudah mudahan!

June said...

Hi kak vimmi : Tahniah untuk Ain, adik june pon dapat 3A,2B jugak. Takpe nanti dah naik sekolah menengah boleh belajar dgn baik lagi, kene usaha lebih ni..sama la ngan adik june tu pon... :)

saya said...

tahniah..walaupon 3A tapi memadai dan itulah kemampuan dia. so boleh bersedia untuk pmt pula nanti.. success always...

hazlin said...

Alhamdulillah,
tahniah dan semoga adik Ain akan lebih berjaya nanti..

Rezeki: Allah yang tentukan..

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Tahniah untuk Ain. Semoga beliau akan lebih cemerlang lagi.

MKI

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Tahniah untuk Ain. Semoga beliau akan lebih cemerlang lagi.

MKI

alang said...

Vimmy,
Tahniah buat AIN. CBN sekolah yang bagus,InsyaAllah AIN akan berjaya cemerlang.

MULAN said...

congrats ain...

perjalanan masih jauh, moga sukses sentiasa..

Lily.Lulu said...

tahniah ain !!
ok ape 3A 2B ...
:)

yang penting zaman sekarang SPM ... pastu diploma .. pastu degree .. pastu master .... pastu phd ..