20 December, 2008

chikugunya di KL


adoiiii
kesian aku sungguh pada kawan baik aku ni
Haznila (HazsDelight) dan seisi keluarga dok kat jalan Ipoh Kuala Lumpur.Dok Kondo Sri Intan 1

Dia dan seisi keluarga termasuklah Bibik terchenta dah kena serang wehhh....DEMAM CHIKUGUNYA , sakitnya tak tertahan , nak taip sms pun tak larat pastu sendi2 semua sakit yg teramat sangat

tak dapat aku bayangkan , kalaulah yg besar cakap tak tahan sakit
camner lah anak2 dia yg kecik2 tuh
simpati aku sungguh pada dia
nak g melawat ..serammm pulakkk
lagipun Chik citer
dorang terbaring jer sepanjang masa sejak kena demam ni
dah seminggu ni kena tak baik2 lagi

memula dorang jaga org tua dorang kat Bagan Datoh
jaga seminggu
pastu balik KL tak sampai 3 hari
kena demam panas
pegi check darah kat spital
so kompom laaa Chik dah kena demam tuh seisi keluarga

Sabar yer Chik! nanti aku g umah ko bwk Bubur McDonald !!
he he he




Chikugunya
Cara Pencegahan

Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.

Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah


Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.

Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.

Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.

Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.

Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatannya.'


Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah


Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya

Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.

Tutup lubang saluran udara ("air vent") di tangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk masuk.


Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam, pergilah dengan segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapat rawatan.

8 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

ye ke kak.. thanks for sharing here... sini takda lagi kes penyakit nih... takat denggi... ade le jugak... huhuhu...

Tepi Sungai Batu said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Bahaya betul ya, jadi macam orang lumpuh...bahaya tu!!

Ummi365 said...

salam vimmy,

dah lama akak tak masuk sini. dah tukar baju rupanya. cantik..suci dan bersih putihnya.

vimmy sihat ke? ubat2 makan tak? akak doakan semoga allah memberikan kesihatan yang baik pada vimmy sekeluarga.

VimmiYasmin said...

kak Ummi365

saya mcm biasa. Ubat tak makan. Insulin tak cucuk. He he he
Kebas kebas seluruh muka
degil kan saya kak
ntahlahhhh

bukan nak cepat mati tapi dah bosan dengan injection and metformin yg menguruskan badan.

Terima kasih diatas doa ikhlas dari akak itu.
Saya makan ubat mulai hari ni! Sebab ada kenduri kawin takot termakan overdose!!

Neeza Shahril said...

kesiannya.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. semoga dia dah keluarganya segera sembuh..
takut pulak dengar penyakit macam ni... mohon dijauhkanlah...

chekgu Bani Hassim said...

mcm denggi lak ek???
bahaye nih...

aNIe said...

Vimmi...dulu prang di negeri melaka di serang chikugunya..

Semoga kawan vimmi segera sembuh dan semoga kita semua dihindarkan dari penyakit tersebut

Sya said...

Vimmi timekasih sebab sharing risau jugak dengar lepas satu satu penyakit baru timbul