19 January, 2009

aku nak bela kambing !











aku ada masa beberapa bulan untuk berfikir. nak kata aku dah bosan dok KL ....tak jugak. Nak kata tak cukup makan ...tak jugak.

Tapi aku dah kena start fikirkan sesuatu. Aku dah nak kena mula menabung. Anak2 semakin membesar....tak lama lagi nak semua nak sekolah...sambung lagi sekolah ..sampailah semua jemu sekolah. Dah start nak buat kenduri kahwin..pastuh aku dah nak bercucu cicit plak. Laki aku sure dah tak larat kerja. Pencen pun takder. Harapkan duit KWSP...sehari bleh habis.

Pakcik aku yg dok Raub tuh dah berapa kali offer. Rumah kat Kg baru Jerantut ....kosong! Tanah 4 ekar! Luas....tapi takder org!

Kambing Anglo Nubian dia dah nak 100 ekor. Tumpang tanah sepupu yg jadi Tok Ketua. Sambil2 projek ikan / itik . Dua tiga hari lepas pakcik aku singgah KL sekejap sambil2 tanya aku lagi. Aku dah garu2 kepala.

Boleh ke ? Dia cakap jgn risau! FAMA ada.

Masaalah aku ....aku ni ..Boleh ke dok kampung?????

Rumah besar ...OK laa tuh.....FREE ...lagi laa OK .....Aman damai ...mmg laa lagi OK...

Tapi ...aku dah dok KL dari 1990 lepas SPM. Dok UiTM Shah Alam ..sampailah sekarang dah beranak pinak. Anak2 aku tak nanges ke nanti nak g KLCC ? Nak g Titiwangsa / Tasik Permaisuri / One Utama ??? isk IskkK iskKk!

Patutkah aku ketepikan tuh semua ...demi aku n cheffarid nak menabung untuk hari tua?

Aku dah kerut2 dahi ...hari2 sekarang dok fikir pasal HIJRAH ni ngan laki aku!

12 comments:

Sarah said...

Hmm..susahkan kak nak buat keputusan cam ni..maklumlah budak-budak memang suka duk KL..happening.

Leyla Shuri said...

salam yasmin,

bayangkan cheffarid masak sedap2 hari hari dan isterinya mengembalakan kambing. sungguh damai dan nyaman.

VimmiYasmin said...

penin penin
tuh semua gambar kat kampung!
tanah yg luas...tak ada apa nak buat.
bela kambing pun tumpang orang.

nak balik kampung ke tak ??
adoiiiiiiiiiiiiiii

aNIe said...

Vimmi...kalau semua tu dah ada jaminan...apa salah balik kampung...nyaman sungguh tempat tu...suka akak tengok.

Yang penting semuanya telah dirancang dengan baik...dan vimmi kene yakin...Insyaallah...usaha itu berjaya...

Anonymous said...

wahh.. bela kambing! menarik.. aD sokong dari belakang!! bapa sedara ad pun bela kambing. tapi kecil-kecilan.. dia start dengan 2 ekor je - sekarang dah membiak dan dah ada hasil - dalam sesikit pun banyakkk untungnya tau :)

@LiYaNNuaR ツ said...

tang nak bela kamben... sya sokong... ngeh ngeh ngeh... tang lain.. sukak hati... hohoho...

izman said...

saya ambik masa baca2 entry lepas2. terhibur, sayu dan pelbagai perasaan lagi.

kalau balik kg bharu, jerantut bolehlah saya jalan2 tengok ternakan kambeng bila diusahakan nanti. saya selalu balik damak, jerantut. tak jauh mane pun dari kg, baru.

bab nak jadi usahawan kambing tak semestikan duduk di kg baru, doq key el pun buleh cuma siapkan prasarana dan ongkosnya. sesekali balik je le...

VimmiYasmin said...

Bro Izz

TQ so much! Entry biasa2 jer!

Mmg ada ingat camtuh. Balik mingguan ikut jln dari Raub.

Lagipun jalan dan cantik. Sekarang projek kambing mmg dah ON. Cuma ingat nak 100% bebetul buat!

Singgah tau kalo ternampak rumah ada orang. Damak - Kg Bharu 15minit jer kot!!

Unknown said...

duk kg la ni bukan macam dulu... malahan mungkin lebih seronok berbanding duk terkurung dlm rumah kat kl tu... ko bukannya duk klcc siang malam kannnn

Hjh Noralenna Abbas said...

Bila fikir-fikirkan, elok juga ada projek sampingan di kampung. Tentu pada awal susah nak adjust, maklumlah orang Keyyell duduk Jerantut tapi cg noleh bayangkan keseronokan Vimmy dan family di kampung, macam family Litte House on the Prarie. Tapi petani moden.

Neeza Shahril said...

Dari USJ, Neeza pindah ke Kuantan.. lepas tu ke Saudi ni.. banyak beza tau Vimmy..
tapi hijrah untuk kebaikan memang banyak manfaat.. anak2 akan adjust nanti.. Insyaallah..
kalau bela kambing.. senang lah neeza nak beli untuk buat aqiqah cucu nanti hahahaha!!!!
(baru beranak dah berangan nak bercucu kan.. :P)

Anonymous said...

salam
sis tumpang promo..kalau lu minat nak cari benih ikan untuk kolam bole contact wa...tq.atau nak sikit2 tip utuk trnak ikan tu bole juga wa share sama lu