12 February, 2009

tanam dalam otak apa yg patut


untuk anak anak kita yg terchenta dan jugak kita yg dah tua ni !

pepagi ni sambil lompat lompat blog , telinga aku dok dengar kat TV3 pasal penanaman segala jenis keyakinan dalam otak anak anak kita.Aku tak dapat tangkap apa website Ustaz tuh.

contoh utama anak anak aku , skrg dapat hasil tuaian sesikit

dari dedulu aku dengan gaya regim yg mmg regim , memaksa semulajadi anak anak aku dengar zikir / bacaan al quran dari Astro Oasis 5 kali sehari. Dari subuh pul 5.30am sampailah habis Isyak. Walaupun anak2 aku tido , Astro Oasis tetap berkumandang dalam rumah aku. Even kalo aku balik umah mak aku or umah pak mentua aku , aku tetap ON dan seisi rumah terpaksa dengar walaupun TV lain ada show best gilak!

Apa yg aku dapat sekarang ialah anak anak aku yg HAFAL setiap apa yg selalu keluar masa waktu waktu solat 5 kali sehari. Apa yg berkumandang secara automatik akan anak anak aku ikut walaupun tengah buat apa sekali pun.

Hasil kegilaan aku pada Astro Oasis ni menyebabkan sekarang kenkadang aku selalu pulak kena perli ngan anak aku. kalo aku menangis sebab sakit, sure si Wardina cepat jer dia perli aku ngan tajamnya. Suruh aku berdoa dan ingat pada ALLAH. Jgn nak merengek2 sakit sakit. AdoiiIiiIiiiII!! Serius kenkadang tgh dok bergebang kat tepon dgn mak aku ke, tetiba jer anak aku selamba jer suruh aku ingat ALLAH kalo tetiba aku termengadu pasal segala mak nenek kesakitan aku ni.
Camner tuh!!


Yg ini aku dapat dari TV3 pagi tadi. Ini untuk anak anak yg ada masaalah besar lah.

ALLAH TUHAN SAYA 2X
ALLAH MENCIPTA SAYA 2X
ALLAH MELIHAT SAYA 2X
dan mcm mcm lagi perkataan dia...

aku pulak ...

sekarang aku kena selalu tanamkan dalam fikiran aku ..aku tak sakit aku tak sakit dan aku tak sakit. Sambil berzikir aku selitkan sekejap perkataan yg AKU TAK SAKIT.
So aku lepas subuh pantas bergerak buat segala kerja dalam rumah ni yg berlambak2.
bagus sungguh terapi ni. mmg berkesan sungguh. sambil2 aku buat kerja rumah ni pun aku cuba ingat yg AKU TAK SAKIT! AKU TAK SAKIT! AKU TAK SAKIT!

tapi mmg betul , mmg betul sesangat. Aku cuba dah ..tengok ..hasilnya. Aku berjaya buat n3 dengan lajunya dan sempat habis untuk layan anak2 aku sarap plak! hahahahaha
Jari jari aku walaupun bengkan tapi bila bab menaip n3 , laju pulak hari ni!

Salam Hari Khamis Malam Jumaat!!! KELIWON KELIWON

4 comments:

benludin said...

salam,
bagus tu..
kalau dapat website ustaz tu tolong mesej ke kome ye...

tq sis

WRA said...

salam

ni lah kuasa subconscious mind...semua tu ada cuma orang kita jer yg kurang explore benda ni...itu hari saya pergi seminar yg ada pasal subconscious mind ni, memang best!!Dan memang kita kena selalu berfikiran positif dan letak "seed" kat otak kita supaya ia sentiasa positif

Muslimah Perth said...

salam, sama la kita, ada buat jugak for my adam dari dia umur sethn, dari 2 setengah dia dah hafal sket. skrg bagi sume zikir kat astro sume dia tahu.. bukan sebab genius amende, tapi sbb mcm awak le, psgkan tiap2 hari, even skrg kat perth nih pun, kat youtube ada, so downloadkan and pasang tiap2 hari... bila kita nasihat kat org suruh buat, org ingat kita:
a.mcm bagus
b.mcm alim sgt
c.berlagak
nasib jumpa org yg sama dgn kita :)

VimmiYasmin said...

Salam Bro Ben / Alex / Sheri

betul semua ni.
mmg terbukti.

sheri
mmg bila kita nak kongsi ngan kengkwan semer..mcm mcm lah yg kuar..almaklum sangat laaaa!! mulut takder insuran laa tuh !!
hehehe