12 February, 2009

Tempoyak ~Jerantut Pahang vs Parit Perak





aku campuran Jerantut Pahang & Parit Perak. Abah sejati Pahang and mak pulak Melayu Jawa.

Arwah abah jumpa mak masa dia posting polis ke Ipoh. Mak masa tuh Askar Wataniah kat Ipoh.
So aku mmg ler dah sebati ngan TEMPOYAK. TEMPOYAK ialah satu benda yg WAJIB ada kat dapur umah mak aku masa aku kecik2 dulu.

Dan sekaranggggggggggggg...........

TEMPOYAK wajib ada kat umah aku. Anak anak aku mmg GILER kat TEMPOYAK.

Aku plak ni kan ...cucu mithali. Aku kan selalu bodek bodek mana mana nenek sedara aku yg idop lagi. Tak kira kat Jerantut Pahang or kat Parit Perak. So ...aku selalu dapat sebalang tempoyak dari tiap2 rumah yg aku ziarah. Tapi aku tak laa kejam giler. Bodek dapat tempoyak tapi salam kosong jer. Aku make sure kalo aku balik kampung , bonet keta aku mesti ada beskot ke gula ke kain batik ke kain pelekat ke. So cam sistem barter lah kan .hehehehhehe.

Citer pasal tempoyak ni kan. Aku seminggu sekali cam wajib masak Keli Tempoyak Daun Kesum. Tapi aku tak pakai resepi Perak. Pelik sket aku rasa. Aku dah sebati 36 tahun guna resepi Wan aku orang Kg Baharu Jerantut Pahang.

Ikan Patin/Keli/Kelah/Jelawat

Kunyit Hidup
Cili Padi

Daun Kesum
Tempoyak

Garam
Air

*Cili Kunyit Garam mesti tumbuk dalam lesung natu.Kalo tak tak syiok!

So ini jerlah yg ada dalam resepi Masak Tempoyak aku. Ada lagi resepi tempoyak yg lelain cam Ikan Bilis + Cili Padi +Kunyit Hidup + Daun Kunyit + Santan. Masak pekat2.Makan panas2. Sedap giler weh! Giler koi ngenangkannyer!!!

hahhahahahhahaha......mmg aku sembang campuran. Pahang + Perak. Giler betoi. Anak2 aku plak more to Perak.Aku more to Pahang. Apa apa pun SAYA ANAK MALAYSIA.

Arwah abah plak suka sangat Ikan Bilis rendam ngan air panas + cili padi (patah patah jer) + tempoyak. Dia makan ngan nasik panas panas!! Fuhhhhhh..sedap giler. Mak buat tak sedap. Air tangan abah buat resepi ni yg paling sedap. Rindu kat jari tangan abah yg gemok gemok tuh!!

Sesapa ada tempoyak....JGN BUANG! kasik kat kome!!

Go Go Go TEMPOYAK !!!

9 comments:

^ez^ said...

wahh...suka tempoyak ek.huhuhu...ez tak suke doyan la kak.tak pernah mkn pun.tempoyak lagi la.hehehe..

Sarah said...

Yummy..sarah pun hantu tempoyak..pun selalu pakai resepi pahang/perak. Tu ada gi resepi sambal ikan bilis tempoyak goreng dan resepi yg masak ikan bubuh sejenis daun (yg mcm sireh rupanya tuh)..apatah namanya...seperiuk nasi tak cukup ni..he3.Sarah kurang sihat..asthma tengah menyerang..sabar je lah.

Zareda Norman said...

yeayy samaler kita..

Cik hubby orang Jengka, hidup dia dari kecik tempoyak.. tempoyak.. tempoyak..

Guai masam ikan patin paling syurgaa.. betul tak? zar pun dah terikut gulai masam org pahang.. resepi gulai tempoyak style Perak dah rasa pelik pulak..

Kak Nora said...

Cg pun suka gulai tempoyak.Kalau balik Kuantan, mesti order patin masak tempoyak. Tapi ada orang tak makan durian, tapi makan tempoyak. macam mana tu? Vimmy jaga-jaga diet okey?

Anonymous said...

ikan dan tempoyak tu buat apa bakar ke atau didih dl mperiuk ke?

sheri said...

ya Allah, tak tahan nye tgk tempoyak tuh. kat perth nih mana le nak dpt yer? orang pahang memang takleh nak lari dari tempoyak, ye dok?

vimmiyasmin said...

salam all

bestnya !!
ramai plak minat tempoyak!
hehehhehehe

ikan ngan tempoyak tuh nak masak + air. nk bakar pun bleh!

sWeETdARLinG said...

baru jer masak lemak ikan keli tapi takde tempoyak...

hubby tanya, tak masukkan daun kesum ker...? arrrr kena ker?? mana tahu, 1st time ni masak ikan keli...

pastu dia tnya lagi, ikan keli tak basuh ngan garam... arrr taaak... patut laa berlendir lagi...

serius dah cuba basuh ilang kan lendir tu.. mana tahu kena basuh ngan garam... 1st time!

jentAYU said...

Sedap nya tempoyak!!!!!!