02 April, 2009

Assalamualaikum!

EllO kengkawan!

Terima Kasih bebanyak.....
untuk sms/ emel dan message di facebook bertanyakan khabar saya yg huduh dan hina ini.
walaupun jauh dimata ..rupa rupanya ...tetap kita semua dekat dihati!

saya sihat ala ala kadar. masih lagi berfungsi kat rumah ni sebagai seorang isteri / ibu dan masih lagi bernafas sebagai hamba allah yg kerdil dimuka bumi ini.

tangan kanan jammed teruk. sendi sendi dari jari tangan sampailah ke sendi jari kaki semuanya berdenyut denyut. jari tangan mcm ada luka yg amat menyakitkan.

sekarang lepas buat kerja rumah jer ...aku tersandar keletihan. balik dari pasar pun terus terduduk setengah jam..kelelahan.

tengok anak anak ...aku sedih sensorang. aku tau anak anak masih memerlukan aku. aku kena sihat 100% depan anak anak. aku tak boleh sakit semasa cheffarid tak ada kat rumah. sakit camner teruk pun aku kena tetap bergerak aktif setiap saat.

sekarang setiap masa aku kontrol otak aku. kontrol otak aku supaya tak stress. tak fikir benda2 yg boleh buatkan aku jadi gila. tiap kali masuk waktu solat ..aku dah ON kan Astro Oasis untuk berzikir bersama sama. aku kuatkan roh kesabaran aku untuk hilangkan pemikiran aku pasal sakit dan kehendak aku yg nak keluar bekerja ini pelan pelan.

anak anak semakin membesar depan mata. semakin cantik dan semakin nakal. Alhamdulillah...sehingga kini aku boleh lagi menatap muka anak anak aku. Muka ChefFarid yg semakin dimamah usia! he he he !

Juga ...hari ini aku akan kembali aktif melompat lompat blog kengkawan untuk freshkan minda seorang IBU yg dok rumah sepanjang masa minggu ni. Job ada banyak...tapi pelan pelan layannnnnnnnnnnnnnnn!!

Salam TQ dari saya...vy!

10 comments:

Unknown said...

salam akak,
wanie doakan agar akak sihat selalu......

dan wanie mendoakan yg terbaik utk akak dan keluarga...

bila mau jumpa lagi nie?
hik hik hik

zareda said...

vimmy

lepas ni boleh mengganas kembali.. layanzzzzz..

Muslimah Perth said...

salam vy

waa..kesiannya..sabar ye. i doakan u sentiasa sihat and ceria2 slalu and dapat update blog selalu, hehe

take care yer :)

aliadijamina said...

Hai kak min,
May Allah Bless you always...
Semoga semakin sihat di hari2 mendatang..ceria selalu kak min..

benludin said...

tahniah...
sbb deme mmg seorang ibu yg tabah mengharung ujian dari Allah swt...
ada hikmah disebalik kesemua ujianNya itu...wallahualam..

Datin El said...

salam vimmiyasmin, kuatkan semangat tabah hati dan sentiasa berfikiran positif saya doakan yang terbaik untuk awak.

aza ni said...

Somoga Allah pulihkan kesihatan dan kecergasan anda untuk terus berbakti meneruskan hubungan dengan Pencipta dan yang diciptakanNya.Amin

Leyla Shuri said...

semoga sentiasa sihat, doa dari jauh.

Uncle said...

Dear Vimmy.
Good to know that you're still kickin'. Uncle risau jugak bila tak ada khabar gumbira dari Vimmy. May Allah bless you with good health. Regards to Chef Farid!

Uncle

MOLY said...

akak .. get well soon !!!!!

kita doakan semoga akak bertambah sihat hendaknya

take care !!
:)