21 May, 2009

aku - kolesterol tinggi 7.0

hypercholesterolemia

Kolesterol Darah Yang Tinggi (hypercholesterolemia)

Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi boleh menganggu kesihatan jantung manusia. Kolesterol terdiri daripada 2 jenis iaitu kolesterol
HDL dan kolesterol LDL. Peningkatan kolesterol dalam darah adalah disebabkan oleh cara pemakanan seharian kita.

Kebiasaannya, kolesterol hadir ketika seseorang itu mengambil makanan yang mengandungi lemak berlebihan.
Jenis-jenis Kolesterol

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh kita antaranya ialah Kolesterol LDL dan HDL.

LDL ialah sejenis lebihan kolesterol dalam darah yang diendapkan pada dinding pembuluh darah membentuk bekuan yang dapat menyumbat pembuluh darah.

LHD pula ialah kolesterol yang berfungsi membersihkan pembuluh darah dari kolesterol LDL yang berlebihan. Lagi tinggi kolesterol HDL lagi baik untuk tubuh badan manusia.

Masalah kolesterol tinggi

Kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh manusia adalah tidak baik untuk kesihatan. Tingginya kolesterol dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah jantung yang akan menyebabkan serangan atau radangan jantung. Selain itu kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah otak dan sekaligus boleh menyebabkan serang stroke terjadi.
Faktor Peningkatan Kolesterol dalam Darah

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah. Antara faktornya ialah :-

  • Faktor genetik - tubuh manusia menggunakan 80% lemak yang berada dalam tubuh kita. Ada sesetengah kes tubuh mereka menggunakan lebih banyak kolesterol dibandingkan dari yang lain.
  • Makanan - Lemak merupakan bahan makanan yang sangat penting. Jika tubuh tidak dapat lemak yang mencukupi, tenaga di dalam tubuh akan berkurangan. Dan jika sebaliknya ia akan menyebabkan kerosakkan pada pembuluh darah.

Lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

  • Lemak tepu adalah lemak dari daging dan minyak kelapa
  • Lemak tidak tepu adalah lemak dari ikan, sayuran, minyak zaitun

Berapakah kadar kolesterol darah yang normal ?
o Kolesterol total < 200 mg/dl
o Kolesterol HDL 35 – 65 mg/dl
o Kolesterol LDL < 150 mg/dl
o Trigliserida < 200 mg/dl
o Ratio kolesterol total : kolesterol HDL <>



cutting kena buang
hehehehheheh
terlebeyy sudaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Ubat ubat yg aku kena telan sekali sehari sekarang mmg tak ngam langsung dengan aku.
Sakit perot memulas mulas
Rasa nak termuntah

Acetylsalicylic 300MG Tablet
Simvastatin 40MG Tablet

Pastuh siap farmasi beritau aku yg ubat ubat ni....akan merosakkan HATI aku
AdoiIiiii
Dah aku tanya camner ....dia geleng kepala je
Dlm jangka masa panjang katanya
So aku cakap ...makin lama makin byk la penyakit aku

Ntah la wehhh.....

6 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Assalamualaikum.. Hurrmm.. Tapi rasanya kalo mkan ikut dose takde msalah.. Kcuali kalo mmg hati ade mslah utk cuci toksin dlam bdan.. Hurrmm.. Tu laa.. Ubat ni kdang2 pelik sket.. Kita nk ubat utk treat bende lain tapi side effect lain lak yg timbul.. Takpe kak.. Yang penting kolesterol tu terkawal.. =)

*kalau ada tanda hati tak blh tolerate ubat, cpat2 la pi jumpa doktor*

joegrimjow said...

apa2 ubat mmg camni
akan bagi kurang
tp kesan panjng
xtau la
2 pasal apa2 pon
kene jadi pemakanan
pastikan kalori xlebey
baru akan ok

tanye ku untuk hidup sihat
lalala~

RR said...

kak Vy,

Saya pun mengalami kolesterol tinggi. (tak sengaja ter'tahu" sebab periksa darah untuk kanser saya tu).
Pernah setinggi 7.9 for total cholesterol. Last report (30 April 2009) dah turun jadi 4.6. Alhamdulillah!
Saya tak makan ubat untuk turunkan kadar kolesterol tu, sebaliknya saya hanya jaga pemakanan (kurangkan minyak, susu, gula, makanan laut kecuali ikan dan lebihkan sayuran dan buah-buahan. Ikut macam diet saya untuk kanser juga lebih kurang. :) )
Ada ups & down for sure. Tapi, worth to try.
InsyaAllah ada kelapangan saya akan kongsikan pasal high kolesterol kita ni pulak dalam blog saya, sebab saya ada beli buku & ada baca pasal "Mengawal Kolesterol" dari pakar pemakanan.
Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya nanti. Amin.

aza ni said...

vy:saya pun dah telan oat yang paling tak sedap tu, pagi semangkuk, petang semangkuk, malam semangkuk, baru seminggu,try turunkan kolestrol.simvo 40 tu saya telan juga.

Hjh Noralenna Abbas said...

Sambil tu jangan lupa berdoa, lindungi kita daripada penyakit yang merbahaya....

Anonymous said...

vimmiyasmin2u.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading vimmiyasmin2u.blogspot.com every day.
online cash advance
canadian payday loans