01 May, 2009

cikgu matematik saya yg ttp saya hormati sepjg hayat!

Guru didakwa milik gambar bogel

KUANTAN - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki gambar bogel seorang pelakon terkenal kira-kira lima tahun lepas.

Tertuduh Foo Tip Hin, 56, didakwa memiliki dua disket bertajuk 'BW 1' dan 'Skandal Melayu LR' yang mengandungi gambar berunsur lucah pelakon itu di rumah No 16, Lorong Selamat 31, Jalan Telok Sisek, di sini pada pukul 5 petang, 26 November 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Tip Hin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamed Zakaria memohon mahkamah mengenakan ikat jamin berjumlah RM4,000 tetapi Tip Hin, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak mempunyai niat untuk melarikan diri dan perlu menanggung ibunya. - Bernama





saya sedih sangat tau
seriously saya sedih
walaupun dulu saya selalu bergaduh dengan dia
sebab saya benci Matematik
dan saya mmg selalu GAGAL dalam matematik
dan dia juga selalu garu kepala bila tenguk muker saya

pagi ini saya hampir menitiskan airmata
disaat saat usia senjanya
cikgu saya diuji dengan ujian yg sangat berat
saya tak malu mengaku dia adalah cikgu matematik saya
walaupun dia telah DITUDUH dengan TUDUHAN yg AMAT MEMALUKAN
dulu dia dengan sabarnya telah banyak membantu saya
mengenal angka angka yg saya benci
memaksa saya menatap muka dia yg tak hensem tuh dengan ganasnya

Mr Foo Tip Hin
cikgu matematik saya
Sekolah Menengah Tengku Afzan Kuantan Pahang
saya ucapkan terima kasih
sebab saya LULUS juga walaupun cukup cukup makan
untuk Sijil Rendah Pelajaran saya
tanpa kesabaran cikgu
melayan kenakalan saya melayan kedegilan saya
saya pasti kena mengulang untuk Tingkatan 3

maafkan saya cikgu
sebab dedulu
saya ngan geng geng kawan cina saya
telah memanggil cikgu
dengan nama timangan
CIKGU BELON
im so sorry Mr Foo

saya berharap cikgu banyak banyak bersabar
dan terus dapat menjaga EMAK cikgu
yg semakin uzur sekarang
dam semoga hukuman yg dijatuhkan terhadap cikgu
dapat diringankan...

im so sad dear teacher....

10 comments:

Leney said...

tumpang lalu,
dan tumpang sedih kepada cikgu tu

-Misztake- said...

kesiannya dia..
masa ni la bekas anak murid yg jadi peguam bleh tolong..

Abahnajwa said...

Mummy,

aduhaiii..sedihnya abah baca

ummu_hanis said...

alahai. baiknye hati kak vimmy. so sweet. terharu ummu baca.

AZANI said...

vy:bila ternampak atu terbaca kisah kisah sebegini,saya jadi resah, imbauan dosa dosa lalu datang kembali.Astaghfirullah.

Chekgu BaniHassim said...

erm...
huhu...apelah dosa...

Precious said...

Sian nyer ... I pun cikgu tau, kalau ler ada anak murid macam you nih ... aduh, aduh ... seronoknyer. Bukan macam you yang nakal masa you skolah dulu, tapi macam you yang mengenang jasa guru2 you dulu ...

zino said...

jasa guru tetap di kenang..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

miliki gambar bugil?
mmmm.....

Yong Kamariah said...

kak mimie, tu ler, bila baca surat kabo tu rasa macam kenal...or betul lah Mr Foo, dulu dia ajo keme lukisan, dia selalu dok kt belakang kelas pastu tangan dia selalu ada bebola, eksesais tangan kot..huhu, cikgu ni selalu dipekenakan ngan bebudak, le maklumle, cikgu tak hensem ngajo sekolah pompuan, nasib2...