16 May, 2009

selamat hari guru 16 mei

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat




Selamat Hari Guru
kepada guru-guruku dan guru-guru di seluruh Malaysia.
Pada semua kengkawan bloggers yg juga bergelar seorang guru
Jasa dan pengorbananmu sentiasa disanjungi.

7 comments:

aNIe said...

Buat semua guru2 diluar sana....SELAMAT HARI GURU...semoga terus menjadi guru yang dedikasi dan teruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu....

hani@debumelukut said...

jgn jadi lilin tapi jadi spotlight!!happy teachers day to all teachers

en_me said...

selamat hari guru pd cikgu cikgu di sana disana.. n tu bday aDm me ittew.. sori ek, selingan skitt.. ehehe

manlaksam said...

Salam VY,
Terima kasih dari PM......
Selamat Hari Guru untuk semua yang terlibat.

Kak Nora said...

Vy,
Saya suka sajak tersebut. Pada satu tembok tangga di SmKTA ada tertulis sebahagian sajak itu. Zaman Vy ke tu?

hazlin said...

Vimmy,
terima kasih atas ingatan

jasa guru tidak pernah dilupakan..

Kak Nora said...

Vy,
Baru terbaca cerita tentang cg V yang keluar dlm paper hari tu. Tak tahu dia from sekolah tersayang kita. Tapi v baiklah, buang yang negatif, ambil yang positif tentang guru nya.Good girl.