25 April, 2011

kencing manis /high kolesterol/ fatty liver



aku sakit dah lama
dah biasa kuar masuk wad
dah terror pasal hal hal DIABETIS
dah CUBA n TELAN mcm2 jenis UBAT / supplement / insulin
dah BERUBAT dgn mcm2 USTAZ..BOMOH ? hehehe dan DOKTOR dari trainee sampai la PROF
dah KEBAS satu badan
kenkadang KEBAS kat MUKA ...TANGAN ..KAKI ..PEHA
semua tempat kenkadang rasa KEBAS bleh tetiba datang

oh yer aku dah pernah kena DKA
masuk ICU
wayar satu badan
wayar kat tengkuk wayar kat ANU ( hehehe ..kena kencing pakai tiub laa )

sekarang ALLAH SWT tarik deria rasa kat tekak aku
aku terlampau dahaga sampai tak rasa sedapnya AIR yg aku telan
aku jgak hilang keupayaan tangan kanan
tangan kanan aku tak upaya ..sangat sangat KURANG UPAYA
pakai baju dalam pun ada cara ...kdg perlukan bantuan
zip seluar pun tangan kiri
nak iron baju tak mampu
SUNGGUH
sampai minta tlg USTAZ Sham setiap minggu

MATA
kabur tapi masih OK
syukur masih boleh ngadap PC lagi

tapi aku masih DEGIL n PANTANG TENGOK
semua jenis makanan aku nak BEDAL
PANTANG org citer
PANTANG tgk blog..tgk iklan...citer kwn2
aku REDAH cari sampai dapat
kerja keras cari catering..dapat jer duit
aku PUASKAN NAFSU SERAKAH aku nak melantak ni dulu

pastuh makan UBAT siap doa bagai2
serammmm
masuk wad mmg tak best
kena BEBEL dah WAJIB
kena catu makanan dah WAJIB
tak bleh FB dah tentu
dan mcm mcm lagi yg amat menyeksakan

ALHAMDULILLAH
sepanjang tahun lepas dan sampai sekarang
aku SIHAT ala ala gitu gitu

aku mcm biasa
UBAT celum celam ( bak kata MAK aku)
tapi aku kuatkan DOA masa aku menyembah ALLAH SWT
doa pnjang2 n baca surah banyak giler
kuatkan roh aku lawan JIN KENCING MANIS dlm badan
kuatkan semangat aku utk terus aktif dan positif setiap minit aku bernafas
aku berzikir dlm hati selagi aku teringat
aku minta anak2 doakan aku setiap kali lepas solat
aku paksa anak2 berdoa ( hehehe)

aku tak tau apa doa suami
aku tak tau apa doa adik beradik...saudara mara ...kaum keluarga
aku tak tau apa doa kawan2
tapi aku TENANG n POSITIF bila dengar DOA dari anak anak
anak2 yg lama aku tunggu baru dapat
tak KAYA duit tapi aku sekarang KAYA dgn kasih sayang dr anak2

aku sellau jugak paksa diri aku
REDHA
terima apa jua ujian ALLAH SWT sepanjang saat minit hari minggu bulan tahun
aku REDHA dan aku masih sujud syukur
mmg aku PAKSA
tapi hasilnya................. SYUKUR ALHAMDULILLAH
aku masih boleh PAKSA diri aku
buat kerja kerja mana patut and mana yg tak patut
hehehehehe!!
TQ to ALLAH SWT
im still alive n kicking until now !!!


13 comments:

Granny Hani said...

Hubby saya pun kaya juga..kaya penyakit. segala jenis penyakit dia miliki sekarang dan mcm pn Yasmin jugak, dia dah tak larat nak berpantang.Dia cakap kalau tak makan sekarang apa yang dia teringin nak makan tu, tunggu bila lagi..mati dah menunggu di ambang pintu..hentam aje lah..Tak tau lah saya nak cakap apa lagi..tapi saya sentiasa doakan dia panjang usia dan setiap penyakit tu ada penawar nya..

Mulan said...

sabor vimmy... Allah uji hambanya yang kuat... masing2 ada bahagian masing2... sesama kita sentiasa & jgn lupa pada Yang Esa..

VimmiYasmin said...

Kak Hani Kak Mulan

tq yer
redha sbb mungkin ini bahagian saya
org lain lagi teruk kan
pantang makan mmg susah
sebab bila dah teruk
teringin nak makan mcm mcm tapi tak dapat
sedih sangat
so sekarang apa lagi
HENTAM jerrrrrrrr
hehehe

Ralf said...

asSalam,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Disamping itu, terus amalkan gaya hidup sihat, agar dijauhkan penyakit kronik disebabkan diabetes.

VimmiYasmin said...

wassalam Ralf

ok ok
tq yer

joegrimjow said...

xnak pk pasal makanan sihat, makan je herbalife
=)

Anonymous said...

salam,
kalau jaga makan dan minum insyaAllah akan reda segala penyakit.. fatty liver acid is a reversible condition. jadi jaga lah makan minum. esp makan, patutnya sekarang adik dah sepatutnya menjaga makanan dan portion harian. jgn ikut nafsu dan tekak. kontrol diet. selalunya wanita selepas bersalin, macam macam masalah dari pankreas tidak berfungsi etc..

jadinya walaupun ada insulin, jgn lah lanyak semua di bedal ikut tekak.
kena makan untuk hidup saja.. sukat berapa gm nasi , sehari sekali,atau selang sehari ..makan berserat tinggi spt oats, chapati etc..kalau pisang, potong setengah pagi setengah petang utk jumlah harian.
kalau lapar snek sekeping 2 biskut tawar atau oats, tidakpun ratah salad.
kalau makan lebihkan protin, kurangkan karbo segala(takde kuih kuih karbo ni semua).
tutup nafsu dan jauhkan mata dari memandang makanana dan jgn asik fikir ikut tekak nak makan apa.
ikut planning.
no more santan.. makan rebus rebus, kurang kan garam.. masak rebus, ratah sayur, sup sayur , protin.. kurangkan gula, garam dan lain lain .. makan asas sahaja.
ukt fatty liver acid tu makan milk thistle.
ikat perut dan tahan tekak supaya kembali pulih ingatkan diri supaya effect jangka masa lama dapat sihat untuk hidup bahagia sama keluarga.
jgn tulis apa yg dah diidap macam ada unsur bangga aja..
jaga diri tuhhhh

anak anak kecik lagi..laki elok..

VimmiYasmin said...

Anonymous

ErkKkKK
ok ok

KENA lagi !!
hehehe

zino said...

kena ikut nasihat Dr....

Anonymous said...

salam vimmi , engkau kena jaga diri tu dik. makan sukat macam orng nak kumpul harta. maknya makan dikit dikit..

sepatutnya dah tak melantak benda benda yg bukan makanan asas tu. apa ada depan mata mesti dapat tolak tanpa menggilai semua.

jgn sampai kena potong kaki tangan sebab busuk etc, mata glaukoma, kidney tak jln. mana nak cari duit nak bayar cost cuci darah. spital kerajaan pun kena bayar sekali cuci.
lainlah laki keja gomen. kalau tidak sakit tau. anak anak kau ramai kecik lagi, sapa nak jaga apa jadi dgn diri nanti?
laki elok elok ada, kamu jaga lah diri.. pergi lah jumpa pakar makanan buat appoitnment..
ikut lah cara pemakanan yg betul dan beriadah.
jgn ingat ada insulin boleh baham semua. salah tu..
jgn lupa after a while body boleh developed resistance terhadap insulin.
mulai sekarng bertanggungjawab la pada diri sendiri. jgn la asik sebut beritau apa ada dan berapa kali masuk wad. tapi perubahan sikap dan pemakanan tetap macam dulu. tak guna beritau, kerana ianya tidak memberi erti perubahan. mak saya dulu kena inject sbb dia kena pankreas tak jln. dia kena di awal umur 40 tahun. bayangkan dia jaga makan minum dia selepas di sahkan.
dia makan sedikit tapi kerap. tapi berterusan. alhamdullillah. sekarang dia berumur 70an tapi dia bila ada masalah pernafasan, risau jugak kaki bengkak, etc sbb buah pinggang dr check risau la. tapi alhamdullillah dr hentikan dia insulin kerana dia tidak memerlukan sangat setelah dikaji dia asik hypo kerana dia makan sikit dan dikawal.
bayangkan dia ada masalah jantung dsbnya.. paru paru dsbnya.
so jika jaga makan insyaALLAH ianya akan dapat dikawal dan masalah kebas dan luka lambat sembuh akan cepat baik dsbnya..
mulai dari sekarang ubah lah.. jgn buat macam masa kita muda muda .. tak boleh dah..
ingat nasi tu sebagai treat saja. makan sukat la setengah cawan, tapi lebihkan sayur dan dan protin, no garam dan gula, santan.. etc
belajar sayangi diri dengan melakukannya.. bukan sekadar mennyebut berulangkali penyakit tapi tiada langkah aktif untuk mengembalikan kearah baik. jin kencing manis tu adalah tekak dan nafsu nak makan benda banyak dan sedap dan manis etc..
jin tu adalah diri sendiri. selagi tidak diketemui diri sendiri, selagi itulah punca penyakit tidak dapt dikurangkan. Allah swt membantu umatnya yg berusaha dengan cara yg benar..dan betul..


wasalam
kak n

aNIe said...

Vimmi... akak kagum dengan kau... kagum kerana kau tabah menghadapi penyakit yang sedia ada dlm badan... tapi akak sokong kata2 anon... Vimmi kena jaga makan... anak2 masih kecil...

Doa akak untuk vimmi semoga ALLAH mengurangkan apa jua kesukarang yang vimmi hadapi dan dipermudahkan perjalanan hidup vimmi...

Hjh Noralenna Abbas said...

Dengarlah nasihat,Vimmy, supaya selamat dan sihat.

VimmiYasmin said...

salam all

terima kasih kakak kakak n abang abang

saya ni mmg degil la kak
mmg selalu kena marah

camner yer
kalo budak kecik boleh rotan

ramai kengkawan dh letih nasihat saya