28 September, 2008

my best kawan Chik & Family..


Terima Kasih Chik ...duit raya & biskut raya !!!

pagi2 tadi Chik called aku. Adusss..letih giler semalam g Jusco Maluri. Last shopping baju anak2.Lepas subuh, aku tidur balik sampai ChefFarid pegi keja pun aku sedar kena cium pipi je. Pukul 9.05am, Chik kejut aku ckp nak datang rumah. Kelam kabut aku bangun terus mandi & kemas rumah sesikit.

Rezeki anak2. Rupanya Chik hantar beskot raya dua bekas & duit raya anak2 RM50 share 4 orang. Terharu sungguh aku. Chik mmg kawan aku dari sekolah menengah. Sejak dia pindah KL, aku dan Chik bertambah rapat. Chik mmg bisnes kuih raya besar besaran.Sekarang husband&wife tak kerja.Dok rumah buat full time baking caking roti cookies. Dua2 pakar kek & roti. 

Kalau dulu masa aku kerja, mmg aku selalu order biskut byk2 dari Chik. Ordering dari staff aku & aku sendiri beli utk famili aku & famili ChefFarid. Tahun lepas dan tahun ini , aku sunyi je. Tak order utk sesapa pun. Yerlah dulu aku ada 2 bulan bonus. Sekarang aku mengharapkan duit ChefFarid je. 

So , Chik agak prihatin dgn nasib aku !! hehehe! Duit hari raya pertama utk anak2 aku. Terima kasih Ya Allah segala rezeki kau kurniakan pada anak2 ku. 

 

27 September, 2008

cerita ceriti ceritu..

fuhh...dah lama tak membebel kat sini. Seminggu yg penat dan aku terbaring hari2 lepas zohor. Kemas baju 4 puteri siap gosok lagi semua. Kain baju ChefFarid pun dah siap packing. Kain baju aku jer sampai hari ni Sabtu, tak kemas apa2 pun lagi. Telekung jer aku dah basuh nak bawak balik kg. Senang tak payah meminjam telekung org. 

Esok malam baru nak gerak dari KL - Ipoh . Tidur rumah mak semalam , baru gerak g Sg Siput. 20 minit dari Ipoh. First raya rumah ChefFarid. Isnin aku nak buat mykad si Ain. Tak taulah boleh setel ke tak. Aku tawakal je. Aku hanya ada surat beranak yg original. Surat anak angkat tak ada langsung. Buat surat sumpah and submit. Itu pun kalo JPN bukak lagi Isnin ni. Ya Allah mudahkanlah urusan aku untuk si Ain ni.

Pepagi tadi adik ipar dah call tanya bila nak balik. Semalam mak dah call. Yerlah aku dah lama tak balik kg. Sejak abah meninggal dunia baru sekali jer aku balik. Masa aku menang AstroOasis tuh jer. Lepas tuh sampai sekarang tak pernah balik memana lagi.

Sampai Ipoh aku tak tau macamana keadaan aku. Aku masih ...dah akan terus ingat pada abah. Aku tau aku akan pegang semua baju2 abah dan cium kain pelekat abah. Semua org tak boleh nak marah aku. Sebab nanti aku lagi menangis. Kenapalah aku mcm ni ? Kenapa aku masih rindu kat abah ? Aku sendiri pun tak tau. Kalau aku pergi kubur abah , lagilah aku tak larat nak turun kereta. hmmm....aku kena kuat. Aku kena ok ...utk raya kali ni! 

Persiapan raya aku mcm selalu. Tak pernah terover. Semua serba sederhana. Baju utk anak2 dan biskut utk mak. Rumah mak nnt ramai org datang, walaupun ramai yg sedekah mak biskut, tapi aku tau , kena jugak standby. Tak habis takper sebab mak boleh bwk g masjid.

Sebenarnya......aku tak ada rasa langsung nak balik kampung. Sebab tuh aku tak kemas kainbaju aku. Bukan aku tak kesian kat mak, bukan aku benci nak balik rumah, tapi aku tak tau kenapa , aku tak ada rasa sikit pun nak berhari raya. Aku masih lagi rasa aku tak patut bergembira sebab aku masih lagi merasai kehilangan org yg aku sayang. 

Tapi aku tau , aku kena buang semua perassan gila aku. Kesian mak....kesian papa. Dan kesian adik2 semua. Kesian anak2 aku yg nak merasai kemeriahan hariraya. Sebab aku yg masih berdukacita, anak2 yg jadi mangsa. Biarlah aku berlakon, memeriahkan diri utk kebahagian org lain. 

Aku mesti bertanggungjawab terhadap persiapan raya rumah mak & papa. Aku & ChefFarid anak sulung utk keluarga memasing. Hal masak memasak semua adik2 mengharapkan aku n ChefFarid. So ..aku kena kuat. Mesti gembira !! 

Sejak 2-3 hari ni , mata aku semakin kabur, masa g shopping baju anak2 aku rasa mcm tak berapa nampak. Dah seminggu aku tak check level gula. Surat pelepasan dari HUKM pun dah dapat. Balik dari kg , mmg aku kena g terus HKL. Aku nak kena buat HBA1C and check mata sekali. Kalaulah aku buta  sebab kencing manis ni , susah ooOOoO segala kehidupan aku! 

Esok last aku tulis n3. Tak ada autopost. Aku tiaphari menulis secara langsung.Tak ada spell check or tapis2. Sebab semua direct dari hati. Terus aku lepaskan kat sini. U Mobile tak ada line kat Ipoh & Sg Siput. So aku berhenti rehat memblog seminggu. 

Kepada bloggers yg balik Utara ...jemput datang umah mak aku kat Ipoh

No 107 Selasar Rokam 12 , Taman Ipoh Jaya 31350 Ipoh Perak. 

Jemput juga datang rumah ChefFarid kat Sg Siput

No 382 Muhibbah Kg Tersusun 31100 Sg Siput Utara , Perak.

Salamssssssssssssss..............

 

24 September, 2008

menu VIP 24/9 Wangsa Maju






Ini menu  utama untuk VIP 24/9 kat WangMaju. 30 pax buka puasa & surprise birthday party. 

Menu buka puasa yg lain yg ada mlm ni ,

  1. Daging Asam Pedas
  2. Ikan Bakar 3 jenis / Air Asam
  3. Kangkung Belacan
  4. Sup tauhu Jepun & Ketam
  5. Fruit Cocktail
  6. Strawberry Pudding
  7. Assorted Fruits Platter
  8. Tauhu Sumbat Daging
  9. Kurma Madu
  10. 4 biji  kek assorted flavour
  11. Serawa Sagu Nangka

22 September, 2008

mula mencari...



Dari Aisyah ra., Rasulullah saw. bersabda, "Engkau carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam pada akhir bulan Ramadhan". (Bukhari - Misykat)

Dari Ubadah bin Shamit ra., ia bertanya kepada Rasulullah saw. tentang Lailatul Qadar. Beliau bersabda, "(Malam lailatul Qadar) terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. yaitu pada malam-malam ganjil; 
malam ke-21, 23, 25, 27, 29, atau pada malam terakhir bulan Ramadhan. 

Barang siapa menghidupkan malam Lailatu Qadar karena iman dan mengharap pahala, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni. Diantara tanda-tandanya ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas tidak dingin, seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak dibolehkan bintang-bintang dilemparkan ke syetan pada malam itu sampai pagi hari. dan termasuk tanda-tandanya ialah matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama. Pada saat itu, Allah melarang syetan-syetan muncul bersamanya." (Ahmad, Baihaqi - Durrul Mantsur).

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR......

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. 

Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah 
S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap 
ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. 

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali. 


Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

  1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

  2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan 
malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

  3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak 
hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

  4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

  Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

  1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
  2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan 
menghalangi matahari dan cahayanya.


  Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

  a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

  b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

  c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

  d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram. 
 
*credits to ArabFamiliesDotCom

20 September, 2008

7,8,6 Alhamdulillah Syukur...


aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi 
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati 
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi 
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan 
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan 
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, 
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui 
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri 
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang 
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan 
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

*thanks to ArabFamiliesDotCom

akak rindu sangat ..abah

Abd Razak Mohd 

01.02.1948 - 23.09.07


Assalamualaikum Abah 

23/9 ni genap setahun abah tinggalkan kami semua. Akak dah semakin menerima kehilangan abah yg secara tiba2 itu dengan redha. Akak dah kurang menangis mcm mula2 abah pergi dulu. Abah mesti marah akak kalau abah tau akak asyik menangis jer rindukan abah. Sampai akak kena jumpa pakar sakit jiwa tau abah! 

Abah hantar akak sekolah jauh dari abah & mak. Sampailah akak dah kawin , akak tau akak tak berkesempatan nak bermanja dgn abah. Akak menyesal abah. Akak ingat lepas akak berhenti kerja, akak ada masa nak duduk lama2 dengan abah kat Ipoh. Rupanya , seminggu masa akak demam lepas mama meninggal , itu kali terakhir akak bermanja dgn abah. 

Kali ke2 akak balik , akak hantar abah masuk hospital dan esoknya abah pergi tinggalkan kami semua. Abah...sampai sekarang akak tak pernah sehari pun lupa pada abah. Gambar abah akak letak kat dapur. Dekat bilik pun dulu ada, tapi akak selalu tak boleh tidur. Akak rindukan abah.

Abah , 

Akak nak abah tau , akak dah tunaikan niat abah & mak. Akak dah hantar Anas & mak pergi umrah. Abah tak payah risau pasal Anas, dia dah besar panjang. Mak ada mimpi abah datang amik Anas. Masa tuh abah...Anas & Ayon bergaduh. Pecah dahi Ayon. Abah ..maafkan akak abah, akak mmg suka mengadu kat abah. Lepas abah tak ada, mak yg tanggung semua masaalah kat rumah. Akak sakit bah ...akak sakit mcm abah.Akak kesian sangat kat mak. Akak tak sanggup nak selalu call mak , dulu masa abah ada akak selalu call mak tapi akak tak nak sembang lelama dengan abah , sebab abah selalu paksa akak call PUSAT tanya pasal Anas. Sekarang akak tak nak call mak sebab akak tak saanggup dengar apa pulak yg Anas buat kat Ipoh.

Lepas Anas balik Mekah , dia ok 2 bulan jer bah , lepas tuh Anas start balik buat perangai. Kalau lah abah ada ........syukurlah abah pergi. Biarlah abah pergi sebab sakit abah, bukan pergi sebab sakit jiwa dgn perangai Anas.

Terima kasih abah...abah jadikan akak manusia yg sedar diri sekarang ni. Abah jaga akak masa akak lahirkan Wardina. Abah byk ajar akak tabah menghadapi sakit yg akak dapat sekarang ni abah. Akak insaf tengok saat2 akhir abah ditarik nyawa.Akak rasa dan pegang gegaran kat perut abah beberapa saat sebelum abah ditarik nyawa. Rezeki akak seorang nak saksikan saat2 itu abah. Abah ...akak bersyukur akak dapat selesaikan waktu2 terakhir abah didunia ini. Akak hantar abah sampai ke liang lahad. Akak bersyukur tiada halangan utk saat2 akhir abah tuh.

Dah setahun abah pergi, akak masih rindukan abah.Walaupun abah garang , abah selalu marah akak sebab mcm2 hal, tapi akak sayang sangat dan rindukan abah. Terima kasih abah sebab selalu berkorban duduk rumah sensorang masa mak selalu datang rumah akak. Masa akak kena masuk wad, abah tinggal kat rumah seorang walaupun abah sakit.

Abah

Akak tak berkesempatan nak minta ampun kat abah. Byk dosa akak pada abah. Terlalu banyak abah. Anak2 akak dah semakin besar dan akak tak pernah lupa ingatkan cucu2 abah supaya doakan abah disana. Akak doa pada Allah minta ampun segala dosa abah. Akak berharap sangat abah aman disana. Akak nak abah tau ...walaupun akak jauh dari mak dan mak dah tak boleh dtg rumah akak lagi sebab Anas ada kat Ipoh , akak tak pernah putus hubungan dengan mak. Mak selalu call akak and akak akan cuba call mak selalu jugak.

Abah

Insyallah ...pagi raya ni akak pergi kubur abah. Dah lama akak tak pergi kubur abah. Nanti akak suruh anak2 akak bacakan abah Al Fatihah utk abah. Akak selalu ingatkan adik2 sedekah al fatihah utk abah. Mak selalu ngaji al quran utk abah. Mak masih lagi mcm dulu abah, sebuk dgn mandi jenazah dan ajar org mengaji merata2. Sibuk siapkan makanan org kat surau. Abah kan tau mak suka buat kerja amal jariah ni. 

Abah

kalau abah ada , mesti abah marah akak sekarang. Akak menangis dah lama sangat ni abah, akak redha abah pergi, akak redha bah. Tapi akak tetap rindukan abah. Akak nak abah tau ...akak sayangkan abah dan rindukan abah sehingga ke nafas terakhir akak. Akak sakit sama mcm abah, tapi sekarang akak kena kuat dan sihat utk anak2 akak. Akak tak boleh putus asa bah. Akak kena jugak telan dan cucuk ubat2 akak walaupun dulu akak pun degil mcm abah jugak.

Abah ,

akak rindu sangat kat abah. Mata akak dah kering air mata sekarang ni. Akak balik rumah mak nanti , akak nak cium  semua baju2 abah yg masih ada lagi anak2 abah simpan. Yg cantik2 mak dah byk sedekahkan pada kwn2 abah.

Abah

Akak doa pada Allah setiap hari semoga abah aman dan tenang disana. Abah berehat betul2. Abah dah tak sakit lagi mcm kat sini dulu.Akak tak tau apa yg belaku ditempat abah, tapi akak doakan segala2nya selamat. Semoga ALLAH mengampuni segala dosa2 abah.  

Abah 

Akak balik beraya dengan mak tahun ni. Tahun lepas akak tak sanggup. Akak tak nak tenguk rumah mak. Akak rasa kalo akak balik, akak boleh jadi gila menangis sepanjang hari. Tapi tahun ni akak dah semakin kuat dan redha. Akak pun nak balik rumah Farid. Dah semakin ok nak hadapi 2 kehilangan. Abah pergi lepas 47 hari mama pergi. Abah dan mama pergi tiba2 jer buat akak rasa teruk sangat.

Abah , 

Kering semakin kering airmata akak.Semakin pedih mata akak ni. Akak tak sanggup lagi menulis aduan2 utk tatapan abah ni. tak tau mungkin ini kali teralhir akak berkata2 dgn abah. Akak tak sanggup nak sesak dada mcm ni lagi. Akak terlalu rindu...rindu sangat kat abah.

Abah ...akak kirimkan utk abah sentiasa....insyallah

Al fatihah  

19 September, 2008

Pusat Perubatan 2 Endokrine HUKM

Dimana janjimu ?? 

Aku masih menanti...satu panggilan. Satu panggilan yg mungkin mampu membantu aku seisi keluarga. Kenapa tak ingat janji2 mu wahai kerani2 kat unit perubatan endo? janji nak call Isnin, hari ni dah Jumaat. Dah byk hari aku bg peluang.Aku tak mo call dorang lagi.Nnt kredit henpon aku habis camtuh jer ,sebab aku tau sure dorang pass tepon sana sini.Penat aku menunggu sambil kerisauan kredit henpon aku tak cukup.Pastuh aku kerugian tanpa dapat apa2 jawapan.


Sampai hari ini , yg dijanji Isnin lepas,tak ada sesapa berminat nak call aku nampaknya. Sadis aku rasa. Aku kerisauan. Tak lama lagi hari raya. Org gomen cuti lama plak tuh. Org spital bhg opis lepas cuti masih ada lagi mood raya walaupun dah masuk kerja. Aku risau nanti rayuan aku dorang lupakan macam tuh saja.Apa salahnya kalo reject pun beritau lah aku.

Kalo tetiba aku nak kena lepak ICU lagi , mesti ambulan hantar aku g HUKM. Pastuh nak discharge aku dah penin tgk bill spital beribu2. Kesian nengok husband aku. Kesian tgk muka anak2 aku.Berbulan tak bleh lepak McD or KFC or PizzaHut. Sebab nak bayar bill mummy kat HUKM.

Kenapa tak call aku lagi ni? Tak approve ke? Aku dah bagi valid reason , aku tak nak hutang aku bertambah and nanti sampai aku mati hutang aku semakin banyak. Biarlah duit tinggalan aku itu utk anak2 aku.

Ya Allah Ya Rabbi ..tolonglah aku.Sempena hari Jumaat yg mulia dibulan ramadhan yg amat mulia ini,mudahkanlah urusan aku HUKM vs HKL. Amin

bed time sembang...

Tahun 2008 ni , ChefFarid pegi keja kol 7am tiap2 hari.Balik pukul 9pm atau 10pm baru sampai rumah.Ini sepanjang bulan ramadhan ni.Solat terawih seminggu sekali je dapat buat.Dari tahun lepas sejak terpaksa jadi HeadChef yg bergaji tak sepadan kerja, aku selalu memendam perasaan. Tahun lepas aku cool jer sebab aku and ChefFarid baru sebulan dua kehilangan mama and aku abah tercinta. 

Tahun lepas mmg tak balik kampung langsung.Aku masih berdukacita yg amat sangat.Sampai kena jumpa pakar jiwa! ChefFarid bekerja sepanjang minggu hariraya. Aku dan anak2 duduk rumah je tunggu bebudak datang sambil tgk TV. Bangun pepagi pastuh pukul 12pm dah baring2 tgk TV. Malam baru ChefFarid balik bwk anak2 keluar g rumah kengkawan dia. Aku...masih menangis dan menangis teringatkan arwah abah.

Tahun 2008 ni jugak, aku semakin ok dan redha dgn pemergian abah. Aku tau abah lagi best dok kat sana. So tahun ni aku semakin kuat bersuara. Tahun ni turn ChefFarid bercuti raya selama seminggu. Dah lama sebenarnya tak balik hariraya aidilfitri. Selalunya balik raya haji jer. Lagipun dulu kan aku pun kerja. Masa raya lah sale kat kedai beribu2. Anak2 kena angkot balik kg by mak sedara dorang or mak aku datang amik. Itu masa arwah abah ada lagi la.

Pjg list brg2 yg aku nak siapkan nak bwk balik Ipoh & Sg Siput ni. Umah mak aku and umah ChefFarid dlm 30minit jer.Aku kat town Ipoh and dia kat Sg Siput.So tak payah nak perang.Hari2 boleh ulang alik mana2 nak pergi. Penat angkut & kemas barang jerlah.

Kuih2 raya aku malas nak fikir lagi.Umah mak aku berlambak beskot anak2 murid mengaji dia hantar. Umah ChefFarid plak adik2 pandai buat beskot. Aku amik bahagian masak2 makan utk org datang jer nanti. Almaklumlah...dah tentu ChefFarid pun tukang masak. Aku & hubby mmg handle dapur kalo kenduri kendara besar or kecik sejak bertahun kawin. Yg lain semua lepas tangan buat kerja2 serving jer. 

Duit raya .....lahaiii. Sikit jer dapat aku sedekahkan tahun ni. Budget nak balik utk kereta jer dah tolak tepi RM300. Minyak aku agak2 rm200.Dah nama balik kg, merata nak jalan. Sure tangki asyik nak kena isi jer. Anak buah tak ramai...anak anak adik aku sorang jer. Anak buah ChefFarid 3 org jer. Mak and papa bg lah duit dapur. Adik2 bg lah sikit nanti. Anak2 aku plak...aku tak kisah, ada org bagi syukur alhamdulillah. Tak ada pun tak per. Yerlah aku pun tak seberapa sedekah kat org tahun ni.

Yg penting dah lama aku tak g kubur arwah mama & arwah abah. Dah lama tak balik kampung mmg lah tak jenguk2.

hmmm...baju raya anak2 last minit baru nak pegi cari. 24hb baru ChefFarid dapat cuti.Itupun tak janji. Kalo tak 29hb baru terus cuti panjang. Manalah nak cari baju masa tuh. Aku ingat nak cari kat The Curve je kot. tak pun g jer cari kat Downtown/ Uptown. Tak pun tempat wajib Jucso or Parkson je. Entahlah penin2. Selalu dulu masa kerja 2-3 bulan awal dah beli. Tak pe ...aku tak stress pasal ni..penin jer sesikit. Yerlah takkan nak blk kg raya anak2 tak ada baju raya. Kesian anak2 aku. Aku n ChefFarid takper. Dok dapur jer. tapi kan sunat pakai baju baru dihariraya! hehehe.

Sembang2 dgn ChefFarid dimalam hari lepas anak2 tido pasal ni semua mmg menyampahkan.Dia bleh pejam mata and cakap dengar apa yg aku cakap.Bila tanya soklan, dia suruh aku ulang blk soklan. Nyampah betul. Cuba ajak bergembira...laju jer dia bangun. 

Ahad ni ChefFarid mungkin akan bercuti kalo takder function, aku nak jak g jelajah Jln Tunku Abd Rahman, sambil jenguk2 kat Sogo. takpun g Parkson jer kat memana. KLCC malas aku nak masuk. Ramai bangsa asing yg meloyakan tekak aku, bau masam sepanjang jln kalo bertembung dorang hari minggu kat sana. 

Chow for now, anak dah bangun. Nak bg sarapan kejap. 

18 September, 2008

ulcer oh ulcer menyerang si Waheeda





Waheeda menjerit kesakitan dipagi hari yg indah.Kepedihan lepas kena sapu dgn pain relieving gel.Senget2 mulut dia kepedihan.Mulut dia mmg SENGET sebelah bila senyum or nangis sebab saraf2 muka dia sebelah kanan kat mulut tak wujud. Mungkin sebab komplikasi baby diabetis kot? Entahlah. Tapi syukur pada Allah, tak ada penyakit kronik yg lain buat masa ini.Cuma kekeringan dan kehalusan tubuh badan sahaja.

Dekat sejam si Waheeda merengek2 & mengada2 terlampau2.Aku tau mmg pedih tapi sekejap je.Pastuh dah kebas ok jer.Rasa mcm nak cubit pun ada.Pepagi dah ada sessi pembebelan. Tak sapu jel kang dia dok merengek kepedihan dgn ulcer yg makin membesar. Dah sapu pun menangis jugak! dugaan dugaan . Inilah dugaan utk ibu2 yg tak ada stress kerja luar rumah , stress yg kat dalam rumah 24 jam. Sabar sabar ! Ada habuan kat SYURGA weh! Dah senyap lepas tak sampai sejam sapu bonjela tuh. Bising pulak mulut dia nak semayang dgn mummy. Lahaiiii anak mummy! Besar jadilah org berguna pada utk segala isi langit bumi umat2 Allah swt. Amin.

Diabetis DiBulan Puasa


Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),

Prof. Dr. Norazmi Kamarudin


BERPUASA adalah satu amalan yang menuntut kekuatan minda dan fizikal seseorang. Namun, dalam mengerjakan ibadah ini, mereka yang mengalami komplikasi kesihatan atau menghidap penyakit perlu lebih menitikberatkan aspek penjagaan diri.

Salah satu kumpulan pesakit yang harus memberi lebih tumpuan kepada kesihatan mereka sepanjang Ramadan ialah pesakit diabetes. Bagaimanakah pesakit diabetes perlu memantau kesihatan diri pada ketika ini?

"Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pesakit diabetes. Ini kerana sepanjang mengerjakan ibadah berpuasa, mereka bukan sahaja berpuasa hampir 14 jam malah, keadaan cuaca terik di negara beriklim tropika ini juga memungkinkan badan kehilangan banyak air," kata Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Norazmi Kamarudin.

Tambahnya, mereka yang tidak bersahur pula boleh menyebabkan hipoglisemia. Di samping tanpa penggunaan ubatan atau insulin pada siang hari boleh mengakibatkan peningkatan tahap glukos.

Adakalanya, pesakit diabetes juga dilarang mengerjakan ibadah puasa. "Golongan ini terdiri daripada pesakit yang tidak terkawal diabetesnya, pesakit yang tidak mematuhi penjagaan diabetes, komplikasi penyakit yang serius dan kekerapan mendapat koma," jelas beliau. 

Kata Norazmi, mereka yang mengalami sebarang jangkitan kuman, hamil dan memerlukan insulin juga tidak diwajibkan berpuasa. "Selain itu, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun atau pesakit warga emas yang tinggal bersendirian juga tidak diwajibkan berpuasa," ujar Norazami.

Dalam satu ceramah yang disampaikan di ibu negara baru-baru ini, Norazmi berkata, komplikasi diabetes yang serius termasuklah ketidakstabilan angina, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan kegagalan buah pinggang yang serius.

Untuk memudahkan pesakit diabetes memantau tahap kesihatan mereka sepanjang Ramadan ini, Norazmi menasihati mereka mematuhi peraturan berpuasa seperti yang disarankan.

Pesakit yang tidak mengalami sebarang masalah serius dimestikan bersahur dan makan secukupnya. Namun, amalan melambatkan berbuka tidak dibenarkan. Ketika berbuka, pesakit disarankan makan secara sederhana.

"Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti kuih-muih, minuman manis dan pengambilan buah kurma juga dibenarkan setakat mengikut sunnah," katanya.

Bagaimana dengan pengambilan ubat-ubatan dan insulin? Ia masih perlu diteruskan.

"Jika berlaku perubahan dos ubatan sekali pun, pesakit hanya perlu ingat beberapa perkara penting. Ubat yang diambil ketika sarapan pagi boleh dibawa ke waktu berbuka manakala ubat ketika makan malam pula diambil ketika bersahur.

"Bagi mereka yang mengambil ubatan ketika makan tengahh ari pula, ia sama ada boleh dihentikan atau dibawa ke berbuka jika dosnya tinggi," jelasnya.

Ketika berpuasa, amalan memeriksa kandungan gula dalam darah juga amat penting. Ujian tahap glukos harus dilakukan sama ada sebelum berbuka puasa, petang, tengah hari atau sebelum bersahur.

"Semasa berpuasa dan kurang insulin, hati tetap mengeluarkan gula. Itu sebabnya walaupun seminggu tidak makan gula, selepas menjalani ujian glukos masih menunjukkan kehadiran gula dalam darah," jelasnya.

Selain itu, Norazmi menambah, pesakit juga boleh melakukan pemeriksaan glukos dua jam selepas berbuka atau bersahur atau sebelum tidur.

"Pesakit boleh cuba berpuasa dengan menguji tahap glukos dalam tubuh sebelum Ramadan ," katanya.

Walaupun kajian menunjukkan pengawasan yang baik sepanjang bulan Ramadan adalah selamat untuk kebanyakan pesakit diabetes, pesakit perlu mengenali tanda-tanda hipoglisemia dan hiperglisemia.

Hipoglisemia adalah satu keadaan apabila kandungan glukos berkurangan dalam darah manakala hiperglisemia merujuk kepada ketinggian gula dalam darah dan masalah dehidrasi.

Antara tanda hipoglisemia termasuklah rasa gelisah, lemah, teramat lapar, berpeluh, pucat, menggeletar dan nadi yang laju serta mungkin berakhir dengan koma. Jika terdapat tanda-tanda tersebut, pesakit digesa segera berbuka.

Seandainya pesakit berhasrat melakukan aktiviti fizikal, ia digalakkan asalkan ringan, bersederhana dan perubahan terhadap pemakanan serta ubatan dilakukan pada waktu sahur bagi mengelakkan hipoglisemia.

"Yang penting adalah penjagaan diet ketika berbuka, kemestian bersahur, perubahan kepada insulin dan ubat-ubatan serta kepekaan terhadap tanda-tanda hipoglisemia," nasihat beliau

*artikel dari KOSMO

Al Fatihah DiBulan Yg Mulia


INILAH keadaan kereta dipandu Roslina (gambar kecil) yang remuk selepas dirempuh sebuah lori di Titi Haji Idris, Alor Star kelmarin. 

Guru hamil tujuh bulan terkorban

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

berita@kosmo.com.my

ALOR STAR - Hasrat seorang guru yang hamil tujuh bulan berbuka puasa bersama ibunya selepas membeli juadah di bazar Ramadan Simpang Kuala di sini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Titi Haji Idris di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang kelmarin, Roslina Saad, 33, mati di tempat kejadian manakala suami dan tiga anaknya cedera.

Suami mangsa, Suparman Ponimin (gambar), 38, berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga baru selesai membeli pelbagai juadah untuk berbuka bersama keluarga mertuanya di Kampung Lahar Dalam, Pokok Sena di sini.

"Arwah isteri saya membeli pelbagai jenis juadah dalam jumlah yang banyak berbanding sebelum ini.

"Malah arwah juga jelas tidak sabar-sabar mahu berbuka bersama ibunya," kata beliau dengan memberitahu isterinya merupakan guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Sharifah Hanifah, Kuala Nerang di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika melalui Jalan Titi Haji Idris menuju ke rumah ibu mertuanya, sebuah lori yang bergerak laju dari arah bertentangan telah merempuh dan mengheret kereta yang dipandu oleh isterinya sejauh lima meter.

"Lori itu bergerak seperti ular ke arah kereta kami sebelum merempuh sebelah pemandu dan membuatkan kami sekeluarga tersepit," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star.

Berikutan itu, Suparman berkata, dia yang dalam keadaan separuh sedar berusaha mengeluarkan tiga orang anaknya, Mohd. Furqan, 8, Siti Khotijah, 6, Iffah Balqis, 4, yang masih sedar.

Jelasnya, ketika itu, isterinya yang disangka pengsan pula masih berada di tempat duduk pemandu.

Cerita Saparman lagi, dia dan anak-anaknya kemudiannya dihantar ke hospital oleh orang ramai.

Suparman berkata, dia hanya mengetahui kematian isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan semasa berada di HSB. Jelasnya, walaupun berita kematian isteri sukar diterima namun dia tetap reda dengan takdir yang menimpa keluarganya.

Al Fatihah

Majun Dua Istimewa


Ini MAJUN yg jd penyelamat sakit tulang temulang aku. Mmg kebanyakan pesakit diabetis yg aku selalu jumpa kat spital akan bercerita ttg serangan sakit2 sengal tulang ni. Selalunya akan attack tulang2 bahagian kaki. Malam masa nak tidur selalu lenguh2 tulang. Tak tahulah pulak kalau patient diabetis yg lain tak kena attack mcm yg aku selalu kena ni.Dulu mmg selalu kena, sekarang sejak aku makan MAJUN DUA ISTIMEWA ni , dah tersangatlah oknya. Tapi aku hanya akan makan bila aku kena demam or tulang2 dah sengal menyengal. Risau gak effect kat buahpinggang kalo byk sgt makan. Alang2 berlambak ubat lain aku selalu kena telan, baik aku makan yg ni jer, tak payah painkiller, antiobiotik dari klinik tuh.

Dah banyak aku rekomen kat org MAJUN ni. Terutama pada makcik2 and pakcik2 yg malam2 selalu tak boleh tido. Kalo muda cam aku ni, tak boleh tido kena la kaco zahir dan gangguan batin dari ChefFarid !!!!!!!! hua hua hua! Tapi kalo pokcik mokcik yg dah MENO tuh...apakan daya. Terkebil2 jerlah dalam kegelapan malam! hihihi! Aku pun kalo pjg umur akan mengalami cam dorang gak nnt. Takper mokcik pokcik weh , lepas makan MAJUN bleh buat solat sunat selagi mampu mengharung malam yg sunyi itu. Insyallah aku pun berniat camtuh gak sekarang ni kalo larat.

Aku pulak tak teringat pasal MAJUN ni sampailah kakak urut aku datang pagi semalam and ingatkan aku. Tak larat puasa semalam ditambah adegan dosa besar kat suami, aku ngapp terus 2 biji MAJUN. Petang aku dah bersemangat waja tukar2 location perabot pondok buruk aku. Lap2 tingkap sempena nak raya and lipat kain sebakul 2 hari punya.

So sesiapa yg ada ahli kaum keluarga yg rasa nak SEGAR BUGAR cam aku ni ,  bleh la contact aku.Amik jer no phone aku or email kat profile blogger tuh.Aku tlglah pos laju dengan segera. Pos office dekat jer, kat Tesco Ampang. 5 minit dari umah aku. Cuba jgn tak cuba. Insyallah utk yg banyak penyakit cam aku ni, sekali sekala nak SEGAR BUGAR , sblm diambil nyawa anytime , nak byk solat sunat , makanlah MAJUN DUA ISTIMEWA ! huarkssssssss!! Kalo rasa nak jenjalan shopping raya lama sikit, meh lah cuba! mari mari mari! malam tidur anda pasti lena didalam pelukan yg terchenta.(anak2 pun terchenta gak kan!)

MAJUN DUA ISTIMEWA RM 12.00 nett

Khasiat

sakit sendi tulang,sakit lutut,sakit urat,penat,sakit bahu,lumpuh kaki,tangan bengkak,sakit pinggang,lenguh seluruh badan,lemah tenaga,dan angin seluruh badan.

sesuai LELAKI dan PEREMPUAN.

Ramuan

Cengkih 30% /Mustaka 10% / Siti Halia 10% /RempahRatus 30% /Madu Lebah 10% /Akar Kayu Patah Tehloh 10% 

Sehari 2 biji SAHAJA.Makan bila PERLU.

Pengedar : No 205 jln Pokok Sena Alor Setar Kedah Darul Aman 

17 September, 2008

lahai...demam la pulak


lepas kena hypo , aku terus demam sampai ke hari ini. Kepala aku pening berdenyut2. Anak2 pun demam panas jugak. Semua anak aku demam dengan ulcer dalam mulut. Merengek2 siang malam.Sapu jel ulcer dilapnya balik. Masak bubur nasi dah 2 hari. Suap semangkuk kongsi 3 org pun tak habis. Aku sakit mulut jugak, geraham aku bengkak. Nak sapu jel ulcer jugak ker ? Sejak demam ni gula aku naik mendadak. Walaupun aku berpuasa , gula level masa tengahari 15.6. Nak injek bebanyak aku dah tak berani. Lepas sahur injek sikit dalam 15unit jer.Metformin sebijik. Doktor warning aku supaya tidak perlu berpuasa kalo gula aku dropped teruk lagi, tapi katanya pulak , puasa bagus kalo gula aku tinggi. Lahai...lahai...kenkadang konpius aku! 

Pagi ni aku dah menjerit2 marah kat ChefFarid. Dah la semalam tak tidur , anak2 merengek2 tak tidur sampai pagi , pastuh pagi ni dia kelam kabut nak g kerja cepat plak ada last minit lunch utk bangsa asing. Aku apa lagi dengan kepala pening terus menjerit cakap aku tak sanggup jaga anak semua demam & ubat yg baru amik tuh dah nak habis. Ain tak g sekolah hari ni sebab kena jaga aku! Anak2 at last ChefFarid bwk g klinik semula amik ubat baru. Dapat lagi jel ulcer dua kotak.

Hari ni mmg puasa aku tak dapat pahala.Pepagi dah menjerit kat suami terchenta. Mcm biasa ChefFarid tak pernah menjawab kalo aku tgh mengamuk. Dia diam jer , siapkan anak2 terus keluar g klinik. Pukul 11am agaknya tadi baru dia masuk kerja. Dah la hari2 masuk keja seawal 7.30am , balik plak mesti 10pm. Kalau ada OT aku tak kisah , kira sebab dia management kena tunggu sampai function selesai. Kalaulah gaji tuh 4 or 5 ribu tak kisah.Nama jer HeadChef , tapi gaji adalah seciput. Aku tau sekurang2nya da gak duit makan , tapi kalo dah ambil masa2 dgn keluarga hari2 sapa tak bengang.DatukSyukur owner hotel pulak janji tinggal janji. Nak jer aku suruh ChefFarid renti keja g balik TabungHaji keja kat Mekah. Iskk...aku plak yg naya sensorang kat sini!  Esok lusa dah gaji & bonus , berapa sen lah agaknya dapat duit raya anak2 aku.

ChefFarid balik malam nanti harus aku mintak ampun kat dia. Buatnya aku or dia tak panjang umur , tak sempat mintak ampun...adussss.

Badan aku and semua tulang temulang aku sakit sangat.Nak solat isyraq/dhuha pun tak berdaya. Dari malam tadi aku pun sama cam anak2 aku tak boleh nak tidor. Kesian ChefFarid...jaga 3 anak and isteri sepanjang malam. Masa sahur tadi aku tgk dia makan pun mcm tak berdaya je. Tapi 2 pinggan jugak nasi langsai.

Apa2 pun , aku mmg berdosa pada suami aku hari ni , dah semoga suami aku selamat balik dari kerja malam nanti dan aku sempatlah minta ampun kat dia.Dan juga semoga dia akan maafkan aku. Bulan ramadhan ni kalo kita saling memaafkan banyak pahalanya. Tengah dengar talk kat TV3 ni pasal memaafkan org lain di bulan ramadhan. Tak kira berapa byk dosa org lain kat kita , kalo kita maafkan besar sangat pahalanya. So marilah kita sesama saling memaafkan antara satu sama lain. Dan yg penting aku yg berdosa hari ni kat ChefFarid nak mintak maaf mlm ni! 

 

16 September, 2008

Seandainya RAMADHAN ini yang terakhir buat ku…



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji


"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih


"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU,
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Ya Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


Seandainya RAMADHAN ini yang terakhir buat ku…



*Imej thanks to http://lfpics.blogspot.com/

*Poems from email.

speechless

jiwa kacau 

15 September, 2008

im dying ....

semalam aku hampir mati! gula turun sampai 1.9 sahaja. aku injek 36 mixtard. lepas maghrib aku dah rasa lain. rasa nak muntah , pening dan mmg tak larat sesangat. aku tak boleh nak berdiri. nasib baik cheffarid balik cepat. aku guna segala tenaga yg ada nak check darah. masa nak check darah, aku dah rasa nak mati. aku mengucap non stop. baca al ikhlas bebanyak. mmg sah gula aku dropped power giler. terus turun sampai boleh sebabkan aku koma or mati terus. 

AIN tlg suapkan air sarsi paling manis yg aku kena telan segera.ChefFarid sumbat gula dalam mulut aku cecepat. Perut aku yg dah kenyang terpaksa telan air manis , kunyah gula2 , biskut bergula dan apa jer yg manis utk naikkan balik gula aku. Dekat 30 minit baru aku OK. Aku boleh rasa peluh aku mengalir walaupun aku dok depan kipas. Dah lama aku tak kena Hypoglycaemia. Yerlah sekarang aku dah ok injek insulin dan metformin.Aku dah risau tahap paling serious memikirkan kesian anak2 aku tak lama dapat bermanja dgn mummy dorang kalo aku asyik sakit & masuk spital. Medication aku dah ok. So bila terlebih insulin aku boleh mati !! 

Anak2 aku gabra semacam tgk cheffarid kelam kabut semalam. Aku tertidur terus lepas kekenyangan dengan mcm2 yg kena sumbat masa aku hypo tuh. Pukul 2am aku terbangun rasa nak muntah. Level gula dah ok nak termuntah plak sebab rasa perut penuh sangat. Aku termenung lepas muntah mengenangkan nasib diri aku dan anak2.

Ya Allah aku bersyukur yg amat sangat padaMU Ya Allah. Kau panjangkan lagi umurku utk anak2ku dan suamiku. Kasihanilah anak2ku ini Ya Allah. Kau panjangkanlah umur kami semua hingga ke anakcucu. 

Hypoglycaemia is a condition where the level of glucose (sugar) in the blood drops below a certain point - about 3.0mmol/l.
This causes a number of symptoms such as dizziness, sweating and fatigue that usually go away 10 to 15 minutes after eating sugar.
What causes hypoglycaemia?
Insulin is normally produced in the pancreas and helps the body's cells absorb glucose from the blood: 
After a meal the glucose level rises after a meal to about 7-10mmol/l.
One to two hours later, the glucose level starts dropping again. By the next meal, the glucose level is back to normal: about 4-5mmol/l. The insulin level in the blood has also returned to normal.

14 September, 2008

Waheeda Salsabilla Qistina

Wardina Sophiellea Qistina 

(ada rupa ciri2 anak GAJAH ke? )


Waheeda Salsabilla Qistina

(erkkKK...dedulu anak KATAK ? ) 

ini anak aku yg no.2. anak kandung tau.mengandungkan waheeda 36 minggu dan lahir dgn berat lebih kurang 3.85kg. anak yg aku lahirkan tanpa cheffarid disisi.sebab cheffarid pegi berjuang di tanah suci mekah. aku pergi HUKM utk masuk OT petang 11January2005. Itu pun kawan baik aku berbangsa cina FeliciaYip yg call aku tanya bila nak operation. So tetiba aku rasa sakit nak beranak cecepat. hahaha! Dia hantar aku admitted dan belikan aku brg2 mandian.Bg aku itu yg penting. Esoknya aku operation dan selamat Waheeda diberanakkan!! Tapi cam biasa semua anak aku akan masuk NICU sebab low blood sugar. 14 hari Waheeda kat NICU dengan bill spital beribu2. Mcm biasa aku bayar 50% dulu. Yg lain masuk buku! 

ChefFarid balik lepas 1 bln aku berpantang. Dalam masa tuh aku dok dgn anak2 jer. MAID cuti 2 bulan balik kampung ke apa ntah.MAID aku semua KOSONG !! hik hik hik. Amik kat Taman Kosas jer. So aku n anak2 berdikari. Pandai2 buat hal sendiri. Yerlah mak jaga abah, papa jaga mama. Adik beradik jerlah kenkadang ada yg datang tunggu sekejap2. 

Oh yer ..aku tadi nak citer pasal Waheeda. Tak nak puji-pujian , just nak tinggalkan memori kat sini.Seandainya aku takada nanti, at least Waheeda bleh tau siapa dia masa kecik2 dulu. 

Waheeda TERLALU KURUS. Dengan umur 3 tahun berat badan tak pernah lagi above 11kg. Yg terbaru 2 hari lepas berat badan masih 11kg. Mcm2 dah aku sumbat dia makan. Segala jenis vitamin dah cuba.Segala jenis susu bg dia minum. Berat tetap diangka 11kg SAHAJA. Setiap bulan sure akan kena demam panas 3-4 hari. Bersin lagi lah kerap. Pantang silap sikit, Waheeda akan BERSIN setiap waktu sampai malam. 

Walaupun halus dan ringan tetapi Waheeda bijak menghafal. Kebanyakan zikir kat Astro Oasis dia hafal. Sejak bulan puasa ni byk ayat2 suci alquran non stop kat TV, Waheeda dah hafal Al Ikhlas. Yg paling best dia byk ikut aku yg suka pegang tasbih tekan tuh. Kenkadang tergelak aku tgk dia berzikir "Ya Allah"  sambil tgk kartun channel 611 612 613. Kejap2 plak tetiba jer Waheeda dah tadah tangan berdoa mcm2 permintaan pada Allah. Salah satu permintaan dia ialah semoga daddy balik cepat & bwk balik gula2 / vitagen atau apa sajalah yg dia nak. So aku ccepat sms daddy beritau apa yg Waheeda nak dlm doa dia tuh. And bila daddy dah balik & bawa balik apa yg dia nak tuh , AUTOMATIK si kenit ni akan tadah tangan cakap 'Ya ALLAH terima kasih sebab bg Waheeda coklat Ya ALLAH' Waheeda sayang Allah Waheeda rindu Allah.

Anak2 yg lain takder plak sekerap cam Waheeda ni yg suka bercakap dengan Allah. Yg lain bila aku ingatkan barulah nak buat. tapi Waheeda semua secara spontan. And pernah jugak dulu lepas seminggu mama cheffarid meninggal dunia, tengah malam tetiba Waheeda bangun dari tidur and cakap sensorang camni 'OPAH...cantiknya.OPAH jumpa ALLAH yer, OPAH pakai banyak bunga , cantiknya baju OPAH. Waheeda rindu OPAH'. OhhHHhHh......seram siut aku ! Walaupun rumah aku tetngah KL & nampak terang benderang KLCC, tapi keseraman aku tetap ada. Bila aku tanya dia apa dia nampak...dia cakap.. Waheeda nampak Opah terbang je. Opah cantik ..pakai banyak bunga !!! alamakkkk !!!  

Dan jugak memandangkan si Waheeda ni HALUS dan selalu senang kena SAKIT, mmg aku rapat banyak ngan anak aku yg ini. Pergi memana dia yg kena PEGANG dulu. Apa2 hal pun , fokus aku hanya pada Waheeda. Anak2 yg lain aku tak risau sangat.

Waheeda aktif dengan kehalusan badan dia dan mulut dia yg omeh tuh , kenkadang aku panggil dia Sang Kancil. Sekarang dia dok tanya aku masa dia belum masuk kat perut aku dulu , masa kat rumah Allah dulu , betul ke dia seekor KATAK ?? hahahhahahhahahaaa.....mmg nak kena Wardina! And dia plak tanya betul ke Wardina dulu seekor anak GAJAH ? waduh waduh waduh !! camner aku nak jawab tuh ? 

Memang HUKM Paedtrik ada cakap pasal nak amik air tulang belakang dia sebab hairan lepas 4 bulan lahir , Waheeda mengecut dan jadi halus. Tapi aku ni dengar nasihat org2 tua. Yg halus kecut badan dia , tapi OTAK dia ON. Mulut petah berkata2 mcm burung kakak tua. Dulu jalan senget sebelah tapi sekarang dah ok. Dulu lutut dia bengkak sebeb dia mengesot sebelum pandai jalan. Sekarang mcm berlari2 mcm SangKancil kena kejar jer. Waheeda berlari mcm melompat2 sikit. Itu yg aku panggil dia SangKancil tuh. 

Opsss..Waheeda juga amat cengeng. Suka sangat menangis.Mungkin sebab tulang dia yg kecik sangat tuh , kena jer apa2 dia akan terus menangis dan menangis sampailah aku plak yg cubit dia suruh diam. hahahahaha! aku kan mak yg GARANG! So Waheeda , sampai sini dulu mummy nak beritau camner hal2 Waheeda masa kecik2. Kalo masa ni Waheeda tgh baca n3 mummy ni , and mummy dah takada, jgn lupa apa pesan mummy tau. Al Fatihah.

Mummy sayang Waheeda so much! Jaga diri jaga daddy kakak2 dan adik Suri. Taatlah pada Allah Taala sehingga nafas yg terakhir. Amin.

13 September, 2008

HUKM vs HKL


VS


semalam aku pegi HUKM. buat rayuan yg paling merayu punya. aku nak transfer file dari HUKM to Hospital Ampang or HKL. sampai rasa nak menangis aku merayu kat Ketua Jururawat Klinik Endokrine tuh. Antara sebab2 aku yg logik ialah 

  • aku dah tak kerja & tak mampu nak bayar bil yg sure beribu kalo aku kena admitted ICU bebila nanti.
  • bil yg tertunggak bayar ansur2 ada dalam rm5ribu lebih lagi.
  • aku tak nak menyusahkan kaum keluarga aku kena cari duit utk aku bila aku sakit nanti.
  • aku nak kurangkan bayar amik ubat n monthly check up. aku rasa SUSU anak2 aku lebih penting dari aku bayar untuk medical check up.

Isnin minggu depan baru aku tahu apa keputusan dorang. Sblm tuh pepagi aku pegi jumpa Dr Mohd Shariff kat Klinik Warga Kg Pandan. Aku cerita semua story pasal sakit aku. Dia agak TERPERANJAT dgn summary sakit aku.And dia cakap terpaksa REJECT untuk amik aku jadi patient Klinik Kg Pandan. Sebab2 utama ialah dia cakap aku bukan ada DIABETIS jer , aku ada FATTY LIVER , HIGH CHOLESTROL, HEPATITIS. What a shock !! Aku tau tapi aku ingat masa aku kena DKA tuh jer. pastuh dia cakap sebab aku ada history DKA , aku sure akan kena lagi ANYTIME.

Sedih giler aku. Ingat nak JIMAT kos ubat2 aku demi anak2. HUKM plak cakap kena BINCANG dulu sebelum release aku. Aku tak nak hal2 sakit aku menyusahkan org2 sekeliling aku. Kalau aku masuk hospital penuh under kerajaan at least bil spital aku tak beribu2. Dulu aku g HUKM sebab pasal aku nak anak. So aku g under Prof Hashim Omar , Gynae kesayangan aku. Skrg aku dah tak akan mengandong lagi , aku just kena fokus pada sakit aku jer. 

Aku berdebar nak tunggu Isnin ni. Dapat pelepasan atau tidak. Aku bukan kedekut utk medication sendiri tapi mmg aku n hubby tak akan mampu nak tanggung bil beribu2 mcm dedulu. Sebab kalo aku kena attack lagi, dan admitted HUKM, bil aku sure beribu2 sekali masuk. Aku kesian hubby aku. Duit simpanan utk sekolah anak2 dan emergency yg lebih penting dari utk aku. Biarlah aku dok spital kerajaan, sama je treatment nya. Aku lebih rela duit yg ada tu utk anak2. Aku takpe. Tak lama pun hayat aku dgn penyakit yg berderet2 ni. 

Yg aku heran tuh HUKM cuma bg aku ubat utk kencing manis je. Yg FATTY LIVER , HEPATITIS , KOLESTEROL tak der plak bg apa2. Pastuh masa aku discharged spital ari tuh tak explain kat aku pun senarai2 penyakit aku. Hampeh tul Dr Shiraz. Yerlah dia pun doktor pelatih jer masa tuh. Yg heran gak tuh , takkan laaa dia SIMPATI kat aku takut aku stress sampai tak nak terus terang dgn aku. Aku plak selama ni tau sesikit tapi tak tau plak akan jadi KRONIK satu hari nanti.

Opsss...dan yg paling best dalam summary aku tuh ,  aku ada kena refer PSIKITARI.Isskk camner spell pun aku tak ingat! Sebab aku ada TEKANAN JIWA or PERASAAN. Sebab dorang siasat kenapa aku kena DKA.ChefFarid g citer aku tak injek INSULIN. pastuh pjg plak citer dia , ckp aku baru kehilangan mak mertua , abah kandung & nenek. Baru renti kerja , takada maid. jaga anak 4 org. Fuhhhhhhh....mmg patutlah aku kena refer pakar sakit jiwa!! Lagi la Klinik Kg Pandan tuh takut nak amik kes aku. Aku cakap kat doktor kalau aku gila takkan laa aku bleh maintain lagi jaga anak2 aku. Masa interview ngan pakar sakit jiwa kat HUKM aku dah rasa nak tergelak sensorang! hahahaha. Lagi la aku dok wad gila plak nanti.Isskkkk..aku normal lagi ni.  

Kesian anak2 aku .............

11 September, 2008

anak2 n tempat tidur

aku n hubby ada masalah besar sekarang! masalah nak pisahkan tempat tidur anak2. Sekarang 3anak yg kecik2 masih tidur dgn aku n hubby sebilik. Susah betul nak suruh tidur tempat lain. Dah praktis dari kecik2 tapi bila tengahmalam jer , mula la sorang2 datang menempek kat katil aku n hubby. Sudahnya satu katil dok baring ber5. Yg kecik bleh la lagik mintak ampun bagi tido sekali, masalahnya yg Wardina yg 34kg tuh pun menempek hari2.

Bila dah tidur baru la hubby angkat sorang2 kat katil bilik sebelah.Yg Wardina n WardhiaSuri letak kat tilam tepi katil aku. Tak pun aku n hubby tergolek kat tilam bawah.Yg bertiga tuh lepak atas katil sampai pagi. Penin kepala aku dok fikir camner la nak buat. Nasib baik tak payah lagi fikir nak buat anak.!!!! hahaha. So kalo nak asmaradana pun tak yah lagi fikir lekat ker tak lekat ker...bleh bedal jer sekarang ni.

Tapi...tuh laa...tengah nak syok2 ada plak yg tetiba mengigau bangun and duduk sambil heran !!!!!!! hahahhahahahahhahahahahhahahahaha !!!!!!!!

adusssssssssssss.....tak tahan nak gelak !!!!!!!!!! hahhahahhahahhahhahahahahahahahahahaha!!

Masa kena tenung tuh yg kelako giler tuh....memasing tetiba keras jadi mcm TANGGANG kena sumpah!! tak tahan nak gelak lagi nih !!! hahahahhahahhahahahahahahahahahahahahahaha!!

Tahun depan insyallah AIN masuk asarama. Wardina pindah katil Ain yg atas.Waheeda pindah katil Wardina.Suri kecik lagi so bg lagi tidur dgn aku n hubby. Lambat lagi anak2 nak berdikari tidur sendiri. 

Kenkadang ada gak kengkawan aku dok tanya .....camner lah korang ni ??? Aku selamba jer cakap...Mana yg dan laaaaaaaaaaa.... hahhahahahaaa...kat dapur ker, kat machine washing ke...kat bilik mandi ke ...atas meja makan jer tak ngan atas dapur .....hahhahahhahahahaa......lepaslah jugak anak 3 org hidup 3 org simpan !!! 

 

moyang



ini gambar moyang masa dia sihat lagi. masa ini tgh tunggu anas & mak balik dari Jemputan Umrah Astro Oasis. Moyang dok umah aku dari May2008 sampailah hari ni 11 Sept 2008. Tadi moyang dah selamat keluar dari rumah aku balik ke umah makngah aku kat Kuantan. Cerah giler muka moyang happy sesangat nak blik raya ke Jerantut nanti. Habis semua barang dia angkut. Macm dah taknak lagi datang rumah aku. Sebelum keluar tadi dia bagi anak2 aku duit raya RM100 kongsi 4 org! hehehe. Ambik jerlah dah moyang beria sangat nak bagi.

Dalam pada tuh sempat gak dia bersyarah kat aku suruh makan ubat bebetul. Jgn malas makan ubat , nanti susah anak2 aku. Selit jugak kat duit utk beli aksesori ubat2 aku ni. Nak beli jarum insulin n memacam lagi hal2 berkenaan diabetis ni. 

moyang byk berjasa kat aku. PC aku yg ilang dulu tuh kena rompak sbbkan aku tak leh nak berinternet bertahun. Dia belikan aku kompiter baru ni rm2ribu. Mesin basuh auto aku rosak tak leh spin, dia belikan aku mesin basuh manual rm550. Insuran keta mati , dia bagi aku rm1ribu buat roadtax dengan segera. Sejak aku tak keja mmg byk plak benda dalam rumah aku rosaklah , pecahlah , expired lah ! Sejak barang wan banyak parking kat bilik Ain , dia belikan pulak almari letak baju2 yg dah siap gosok rm385.00. Sofa aku dah bertahun koyak , dia belikan pulak sofa baru rm600 dua biji. fuhhh!!!!!!  katanya tak per sebab aku bela dia. iskk iskkk....aku byk plak terhutang budi kat moyang aku ni. apa plak kata cucu2 dia yg lain ! hehehe

moyang dah selamat sampai transit kat sekejap bentong sehari.Esok petang baru g Kuantan. Raya nnt tak sure lagi balik Jerantut ke tak. Sebab rumah Jerantut tak der org duduk so byk habuk. Kalo moyang nak balik kena upah org bersihkan dulu. Kalo tak moyang sere kena asma tetiba cam arituh. 

Anak2 aku tengah syok tengok kartun. Selalu aku tak bagi sebab moyang bg tengok sehari sejam jer !! AIN baru lepas habis exam UPSR . Dah selamat. Result jer tak tau lagi. SO memasing tengah berpoya2 tengok tv. Ptg ni aku tak masak !!! Air tak ada kat Pandan Jaya tak tau sampai bila. Beli lauk kat kedai. Tak nak g Pasar Ramadhan...lauk dah sejuk , kotor kena habuk. ChetTt konon! Sombong ! hahaha. 

ok..sambung n3 esok lusa. U Mobile ni mmg hampehhh.......

09 September, 2008

keja keja aku

Ayamas Golden Roaster


lepas kuar UiTM aku keja Syuen Hotel Ipoh jadik Kitchen Helper jer kat Malay Kitchen. Lepas tuh lari KL keja kat SuCasa Hotel Apartment Jln Ampang jadi Maintenance Secretary naik pangkat Business Centre Supervisor. Pastuh guest curik aku masuk kerja kat Servcorp Business Centre Jln Ampang. Masa kat Business Centre ni aku kena curik lagi dgn client Servcorp masuk kat Newbridge Networks Corporation, hq kat HK & Canada. Masa keja kat Newbridge tahun 1996 gaji aku mmg byk gile. 3 bln sekali aku kena g HongKong & Singapore.Padahal keja Sales Support Administrator je. Bonus 3 bulan sekali gak.Aku jaga country manager n engineer yg buat projek kat KLIA.

Tahun 1999 aku renti sebab dapat VSS. Company kena beli dgn Alcatel.Aku amik jerlah 20ribu lebih.Setahun dok berpoya2 tak keja.Cuba buat anak , tak ada rezeki.Tahun 2000 aku apply kerja kuli jer kat AYAMAS. G interview dapat jadik Asst Manager. Lepas 3 bulan aku tetiba naik pangkat jadi Store InCharge. Gaji separuh dari gaji Newbridge. Sebab aku dah biasa keja ngan omputih & org2 cina , aku terror gile buat bisnes. hahaha! Dari Ayamas Kelana Jaya , TTDI, Ayamas Pasar Rakyat, Kg Pandan,TamanPertama Cheras & Taman Kosas.Semua aku dok meround. Sales aku mmg naik. Aku jahat sikit. Aku offer service yg Ayamas tak nak offer kat customer. Aku marinate ayam bbq utk customer.So sos2 yg ada kat Ayamas kau jual sekali. Tapi kepandaian aku menaikkan sales kat Ayamas menjadi bahan umpatan. Manager lelama yg dah belas tahun keja Ayamas rupanya mengumpat aku. Katanya aku bela HANTU RAYA.Sebab tuh sales semua kedai yg aku pegi sure naik gegila. Panassssssssss! 

Tahun 2005 aku dapat offer bukak kedai King Pie. Francais dari South Africa. Boss tak ada base F&B. So bukak kedai dan memacam hal lagi aku dah macam jadi Operation Manager. Aku jaga One Utama. Letih nak mati keja King Pir. gaji mmg best! tapi boss anak beranak menyebok lebih. Cakap pandai. tapi kerja tak reti. Yerlah JUTAWAN! Tahun 2007 aku gugur 2 kali keja King Pie. Kat One Utama plak tuh. Pastuh aku termengandung lagi, aku renti kerja and boss aku murah hati bg aku 2bln bonus sebab aku rajin. hahaha! padan muker dia banyak sangat cakap , anak beranak pun renti kerja king pie, yg tinggal CEO iaitu BAPAK dia jer yg terpaksa teruskan jugak bisnes King Pie. sekarang King Pie kat Pavillion , KLCC and One Utama. 

Sekarang aku concentrate buat catering masak bawah 500pax. Aku buat dgn Chik & Farah.Dedua ada kepakaran memasing. ChefFarid bab masak memasak. Kalo 500 pax keatas , terpaksa panggil chef2 kawan2 yg bersepah2 kat merata hotel kat KL ni dtg tlg. Aku rasa lagi bahagia dan ceria bila cari makan camni. Tak ada stress , tak ada org control aku dan aku tak control org! hehehe! aku kan manager yg GARANG! tapi aku tokei kedai yg baik kat semua customer aku.

bebahagia dan bergembira dok rumah walaupun tak ada gaji & dah tak mcm dulu2. Hidup serba sederhana dan sangat2 sederhana. aku tenang sekarang.

08 September, 2008

ku CINTA dia


Chef Haji Mohd Farid

Dear Daddy

terima kasih kerana sudi mengambil mm sebagai isteri dd. genap 11 tahun usia perkahwinan kita 31/8/08 lepas. terima kasih bebanyak. mm tau apalah sangat mm ni. kita berdua ibarat pinang dikapak kapak. ibarat gagak dan merbuk. ibarat langit dan bumi. ibarat henpon nokia N90 dan 3110. 

suka duka pahit manis malas nak citer.buhsan nanti plak. TETAPI mm masih geram sebab dating pertama kita ...rupanya dd cakap dd AJAK AJAK AYAM jer ! ya ampunnnnnnnnn.......dah la masa tuh mm tipu arwah abah cakap g kerja ...dah la tak sempat mintak ampun kat abah sebab berdosa menipu dia , dd plak baru jer story kat mm cite sebenarnya. dah la masa dating pertama tuh kita siap tangkap gambo bebanyak. hahaha!! yerlahh...nnt dd citer kat anak2 biler dorang besar nanti. And kalo mm dah tak ada , dd mesti make sure anak2 kita tanya boyfren dorang kalo bebetul nak kuar dating. Jgn jadi mcm mm , terus cakap OK jer nak kuar. iskk Iskkk nasib baik ler kita dating2 terus couple. kalo tak sure dd kecoh kat geng rumah bujang citer pasal mm.

dd tercinta ,

anak2 kita dah 4 dan tak mungkin bertambah lagi. Dengan kuasa Allah jer "IKATAN" dalam perut ni boleh terbuka!! kalo lah ianya berlaku , mm nak tambah sorang dua lagi anak lelaki!! mm sanggup sakit dan semakin sakit demi nak hadiahkan dd anak2 yg berderet2. Lama kita takada anak kan.1997 - 2001 baru dapat Wardina. Ain peneman mm masa tunggu dd balik kerja.Terima kasihlah sesangat pada MAMA si AIN sebab takmo Ain dah bagi kat kita. hehehe!! WardinaSophiellea / WaheedaSalsabilla/ WardhiaSuri mmg mm tahu cinta hati dd. Sampai sekarang mm tak pernah tgk dd GARANG mcm mm.Anak2 kita nakal tau dd.Kalo mm takada nnt , jaga anak2 elok2.Carikan mummy baru utk anak2 kita. Kalo dd ada anak baru nanti, jangan lupakan anak2 mm. 

AIN plak , mm minta sangat pada dd , jgn abaikan dia. AIN byk buka pintu rezeki kita. Kita bela AIN dgn niat yg sangat ikhlas. Niat sedekah dan nk jadikan dia manusia berguna. Utk 'MAMA' dia. dd kena ingat , mm tak nak dd tuntut apa2 dari AIN bila dia besar nanti. Kalo dia lupakan kita , halalkan segalanya. mm hanya nak AIN berjaya dlm hidup dia , didik anak2 kita dan terpulang pada dia kalo dia nak balik pd MAMA dia. Duit yg mm tinggalkan , bantu AIN utk belajar or apa2 yg dia mintak. pesan pd anak2 kita jgn lupakan kakak dorang KAKAK AIN.

dd tersayang, 

mm mintak maaf bebanyak sebab mm tau sesangat ....mm GARANG dan mmg GARANG pada anak2. mm selalu marah dd. mm selalu nak rehat bila dd balik kerja , padahal dd tak rehat pun lagi. mm selalu marah dd kalo dd tak marah anak2. mm mmg banyak doser dgn dd. kalo mm tak ada nnt, sure Allah anugerahkan dd seorang isteri yg paling hebat dari mm. 

mm tau dd sure tension sebab mm sakit. selalu kena g spital sepanjang 3 kali mm mengandung sbb selalu kena masuk wad. 3 kali mm keguguran dan perangai mm yg mengada2 masa dlm wad nk makan yg bukan2.Tengah2 malam dd kena dtg HUKM hantar makanan walaupun dd cakap dd SERAM jln sensorang nk g wad mm. sori sesangat. 

mm nak dd tau , dd ialah perkara terhebat yg mm alami sekarang ni. dd tak pernah marah mm , pukul mm , tengking mm or apa2 yg menyakitkan hati mm. dd mmg menantu yg baik pada arwah abah & mak. dd terbaik pada anak2 kita. mm tak pernah beritau dd , tapi semua org2 sekeliling mm selalu ckp kat mm. Tak mungkin kalo mm mati hidup semula , akan dapat sorang suami seperti dd. semua selalu nasihatkan mm supaya jaga dd elok2. tapi kalo lah pjg umur mm , dd buat hal, mm terpaksa redha. Mungkin itu balasan Allah sebab mm selalu buat jahat kat dd.

ok dd, nnt mm sambung lagi apa lagi perasaan mm terhadap dd. anak2 dah merengek2 nak main game. 

mm sayang dd sehingga ke nafas terakhir...semoga jodoh kita dipisahkan oleh ajal maut sahaja.

happy anniversary 31/8/1997 - 31/8/2008

07 September, 2008

emak terCINTA



mak oh mak ! rasa rindu sesangat kat mak. dah lama mak tak datang umah aku sejak balik dari umrah astro oasis. dulu mak sebulan 2-3 kali datang umah aku. masa arwah abah ada lagi , lagi la selalu mak datang umah aku. mak tinggalkan abah dgn adik aku Ayon.sblm mak datang umah aku , mak dah siap masak bebanyak utk abah. pastu simpan dalam freezer.

sejak abah tak ada, anas pulak dah keluar pusat , mak susah nak datang KL. mak risau rumah, brg sendiri hilang tak pe...tapi mak risaukan anas. Ayon pun dah pindah umah mak sejak abah meninggal, so skrg rumah peninggalan abah bertambah 2 org penghuni tetap yg baru. 

Mak mandikan jenazah. Mak belajar mandikan jenazah sejak arwah abah sakit 11 tahun dulu. Abah kerja polis tapi berhenti pilihan. So mmg tak ada pencen. Mak belajar mandikan jenazah dari mak kepada Datuk Lat kartunis terkenal tu. Dah beratus jenazah yg dah mak uruskan. Yg teramai yg eksiden bas langgar lori susu getah tuh. Sekali 5 jenazah mak mandi dan kapankan. 

Byk kerja lain yg mak buat. Jual kerisik , tanam ulam raja & jual kat peniaga kat pasar Gunung Rapat, amik upah masak kenduri , jual kuih muih , kuah pecal and macam2 lah lagi. Mak dulu sblm umur 55 keja gak sekejap. Mengajar agama kat masjid2 or dewan org ramai. Ajar org2 tua. So mak ada ramai anak murid yg sebaya dengan dia. Mak ajar mengaji sekali aku rasa. Memalam lepas Maghrib umah aku ramai bebudak mengaji. Mak tidur dalam pukul 11 lepas siap semua kerja dia. Bulan poser ni lagi la mak sebok. Masak moreh kat surau umah aku tuh.

Mak mmg kuat semangat. Apa yg org2 sekeliling mengata mak , dia buat dek jer. Buat BODO! Pasal yg kes aku menang astro tuh pun , sblm dorang tau aku yg menang ,ramai gak yg mengata mak. Aku geram betul. tapi aku tau. tak guna aku sebok nak bergaduh dgn org2 bodoh yg mmg bodoh.Baik aku diam demi menghormati dorang yg tua dari aku. Apa yg dorang kata mak aku tuh biarlah Allah yg jadi pengadilnya nnt. 

Aku ingat lagi masa sebulan sebelum abah meninggal , mak kelam kabut ulang alik balik kampung dia sebab mak dia pun tgh sakit teruk. Berlari lari mak sana sini. Suami lagi sakit ..mak kandung pun tenat. Lepas abah meninggal seminggu , nenek aku plak meninggal dunia. Leps tuh barulah mak rehat kejap dari segala haru biru tuh. Masa free dari itu semua , tetiba Anas  dah nak kuar PUSAT. huhuhu!!!  Mak dah bersedia mental dan fizikal nak menghadapi Anas  pulak. Masa tuh la aku teringat apa yg abah & mak idamkan. Nak kumpul duit nak hantar Anas g mengadap Kaabah. Itu yg aku buat esei hantar kat Astro Oasis. Thanks Sunshine !! 

Aku tiap kali solat , tadah tangan rendah hati pada Yg Maha Kuasa....aku minta MURAHKAN REZEKI AMPUNKAN DOSA PANJANGKAN UMUR dan SEGALA YG TERBAIK UTK MAK & ABAH. aku kesian kat mak. kalo aku bujang..aku bawak mak duduk dgn aku. kalo aku kaya, aku mewahkan mak dengan segala galanya yg mak nak. segala yg terbaik utk mak. 

aku mmg rindu kat mak. kenkadang mak yg akan call aku. seminggu sekali aku cuba call mak. walaupun kenkadang masa sembang dgn mak aku rasa syahdu sangat. sayu sangat. aku tau mak tabah menahan segala masalah yg ada. Itu dugaan yg mak terpaksa terima sekarang.

Aku tak tau apa lagi aku nak cakap pasal mak...yg aku tau sekarang MAK masih menangis! 

Anak2 Yatim Nurul Qanaah 2




semalam selamat sudah majilis yg aku chik n farah handle , iaitu prepare makanan utk bebudak di rumah anak yatim nurul qanaah gombak. walaupun memula aku hampir menangis kesedihan sebab khemah tetiba tak ada plak , tapi pastu aku menangis gembira. Adik aku Suraya n kawan dia Ana dalam sekelip mata sanggup bayar 2 khemah utk 60 org makan dgn harga rm400. Dalam masa 2 jam lagi nak bukak pose , semua dapat diselesaikan dengan kuasa Allah swt. Aku menangis dalam kereta masa otw g rumah anak yatim tu. Dengan barang penuh dalam keta , anak2 aku lg , jalan jammed giler lagi kat jalan masuk sebab ada pasar ramadan...aku selamat sampai sejam sebelum bukak puasa.

Lori khemah walaupun sesat dan tak dapat masuk sebab jln jammed , selamat juga sampai lagi 30 minit nak bukak pose dan siap dipasang dgn bantuan 3 org hero aku farah n chik. Suraya n Ana sampai, bawak kek blueberry 3 biji RM 300 sebiji & payment utk khemah. Syukur pada Allah swt. Company yg sponsor food datang tapi dok jauh je! Terpegun sebab aku farah n chik berusaha jugak nak dapatkan khemah tanpa mintak duit drpd dorang. Walaupun sebenarnya kitaorang ni sebenarnya tukang masak food jer! hahaha. 

Makanan mmg banyak. Mmg masak lebih sebab nak bg utk sahur sekali. Habis jer function , 3 famili dgn anak2 bertungkus lumus kemas.Sekejap jer semua dah siap. Aku rasa happy giler. 1st function dgn farah BERJAYA! Food sedap , banyak , and best best best. Walaupun charged RM10 jer satu kepala , dengan petrol / reload hp and mcm2 lagi tapi syukur dapat balik modal pun dah alhamdulillah. Kumpul saham akhirat !! hehehe.

Projek seterusnya nak bantu Puan Zainab belikan baju bebudak sekolah. But not now , dia minta bantuan masa tengah tahun depan. katanya masa tuh baju bebudak dah banyak koyak & lusuh. Sebulan pun dekat rm10 ribu jugak kena ada sebab nak bayar tuisyen , KAFA , bas sekolah , bil2 utiliti dan makanan. Dorang tak dapat bantuan kerajaan sebab under NGO. So terpaksa berikhtiar sendiri tiap2 bulan utk kemudahan 30 org anak2 yatim tu. 

kalau aku KAYA .............insyallah

05 September, 2008

Anak2 Yatim Nurul Qanaah


Rumah Kebajikan Nurul Qanaah 

34a 34 b Jln 10 , Taman batu Off Tmn Greenwood 68100 Batu Caves Selangor.

Kalau ada duit lebih , nak jer aku belaja bebudak tuh makan AIS KACANG bebila!!

Esok aku kembali busy dari pagi. Buka puasa esok kat Rumah Anak Yatim Nurul Qanaah Gombak KL. Aku & Chik masak utk satu production company ni. Makan utk 60 org. Menu banyak jugak.Dengan harga yg aku bg tuh mmg tak ada apa , tapi demi saham akhirat aku gagahkan jugak. Memula mmg aku & ChefFarid yg handle , tetapi dek fully booked buffet kat Putra KL tuh so aku & Chik yg buat.  Menu malam esok

Kari Ayam Kentang  

Keli Goreng Sambal Hijau

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai 

Sayur Campur

Ikan Masin

UlamUlaman Sambal Belacan

MeeHoon Singapore (sponsor) 

Kek Secret Recipe 6 biji ( sponsor)

Kurma 

Agar2 Santan Kemeyan

Bubur Kacang Durian

RM 10.00 satu kepala 

Aku minta adik aku Suraya & kwn dia ANA utk sponsor 6 biji kek Secret Recipe / MeeHoon Singapore / dan apa2 yg dorang nak sedekah malam esok. Khemah si Farah Sunshine yg uruskan.

Rumah anak yatim Nurul Qanaah ni ada 25 org jer anak yatim. Rumah atas kedai 3 tingkat. ErMMm...daif sikit. Taklah semewah rumah anak yatim yg lain. Sayu hati aku masa g tengok bebudak tuh semalam. Aku g sebab nak tengok kat mana nak hidang makanan. Mmg tak boleh hidang kat tempat tinggal dorang sebab sempit giler. Ruang solat aku tak nak ganggu. Keputusan aku suruh orang yg tukang sponsor sewa khemah jer. 

Dah 3 hari aku DEMAM. Masa nak kencing , GINJAL aku rasa sakit sikit. GULA level hanya OK bila dah nak bukak poser. Border line je. Semalam dari aku makan pukul 1.00am (sebab tak larat bukak poser mkn bebanyak) sampai sekarang pukul 1.00pm ,level gula aku 12.5. Aku rasa tinggi sebab aku demam.

Walaupun demam aku kena gagahkan juga bawak diri. Pepagi masak utk anak2. Suapkan semua sekali senang cerita. Kain baju aku tak larat nak jemur. Hari ni aku masak SINGGANG IKAN TONGKOL je. Petang nnt baru nak goreng jer BAYAM indian style. Semalam aku buat DADIH LAICI ada balance lagi 4 container. Hari ni tekak aku teringin nak makan KARIPAP yg sebesar PIZZA. Kena g carik kat Desa Pandan.

aku cam rasa nk kena g HUKM jugak hari ni. Kepala aku semakin pening ......pernafasan aku selow selow aku tarik. Nak jalan2 dlm rumah aku tak larat. Tapi kalo aku g , sure kena tahan. Anak aku sapa nak jaga? MAK aku sebok dgn moreh kat Ipoh. Kalo ada org meninggal ,MAK kena balik Ipoh. Chef Farid busy sampai raya. Pastuh aku camner ??? Ntah laaaaaaaaaaaa.